Gaji Baru PTD Dan Penjawat Awam Dinaikkan

Gaji Baru PTD Dan Penjawat Awam Dinaikkan

 

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan PHD dan Sarjana. Kenaikan gaji ini meliputi 33 skim perkhidmatan. Kata beliau, ini adalah sebagai satu insentif kepada penjawat awam yang layak. Antara 33 skim perkhidmatan yang terlibat adalah termasuk pensyarah, pegawai penyelidikan, pegawai teknologi maklumat, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik. Maknanya selepas ini, gaji baru PTD akan dinaikkan berbanding dahulu.

Gaji Baru PTD Dan Penjawat Awam Dinaikkan

Gaji Baru PTD Dan Penjawat Awam Dinaikkan

Tambah beliau lagi, bagi pegawai yang masih berada di gred lantikan dan masih berkhidmat dan kemudiannya berjaya memiliki kelulusan akademik yang diperlukan, kerajaan bakal menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji. Beliau berkata, ini adalah khusus bagi skim perkhidmatan seperti pegawai pergigian, perubatan dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma. Soalan awalnya diajukan oleh Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan di Dewan Negeri semalam mengenai insentif yang bakal diberikan kepada penjawat awam. Ekoran baru baru ini telah berlangsungnya peperiksaan PTD, pasti ramai calon yang ingin tahu tentang gaji baru PTD.

Teks ucapan Najib kemudiannya dibaca oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim. Kata PM, berdasarkan sistem merit Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang benar-benar layak. “Pegawai yang mempunyai PHD akan mempunyai kelebihan dalam proses kenaikan pangkat dan gaji”, tambahnya. 

 

Source: Sinar Harian

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.