Pembantu Penguasa Kastam WK19 – Tangga Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas

Kerjaya Pembantu Penguasa Kastam WK19 terletak di dalam kumpulan Pelaksana di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Kerjaya ini juga merupakan kumpulan sokongan kepada Penolong Penguasa Kastam W27 dan Penguasa Kastam WK41. Gaji minimum seorang Pembantu penguasa kastam bermula dari RM 1353.00 sebulan sehingga maksimum RM 4005.00 dengan kenaikan gaji sebanyak RM 100 setahun. 

Pembantu Penguasa Kastam WK19 - Tangga Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas

Untuk menjadi seorang Pembantu penguasa kastam WK19, seseorang itu mestilah merupakan warganegara Malaysia, dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. 

Bagi syarat akademik pula, calon haruslah mempunyai SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut. Di sini gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,353.00.

Untuk calon yang mempunyai SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,409.40.

Untuk calon yang mempunyai SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, g permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,465.80.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tangga gaji dan syarat lantikan kita dah tahu, jadi sekarang ini kita ke bahagian deskripsi tugas pula. Bila bergelar seorang Pembantu Penguasa Kastam WK19, kita pastilah kena tahu skop tugasnya kan. Ini adalah point terpenting yang seorang bakal calon pembantu penguasa kastam harus ada.

Deskripsi tugasnya adalah: Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.

Untuk calon temuduga Pembantu Penguasa Kastam sesi 2-14 April nanti kami ada rujukan khas untuk anda…

Pembantu Penguasa Kastam WK19 - Tangga Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas

Download sekarang di link di bawah.

***********************************************************

–>> Rujukan temuduga Pembantu Penguasa Kastam <–

***********************************************************

Leave a Reply