Contoh soalan PTD Seksyen A Pengetahuan am

Contoh soalan PTD Seksyen A Pengetahuan am | 16 Mei 2019 ini bakal berlangsungnya peperiksaan online PegawaI Tadbir dan Diplomatik M41 serentak di seluruh negara. Khabarnya, jumlah calon yang dipanggil untuk menduduki exam PTD kali ini sangat ramai. Jika anda yang sedang membaca artikel ini adalah salah seorang dari calon yang terpilih, tahniah kami ucapkan. Sila baca artikel ini hingga habis kerana kami akan bantu anda menjimatkan masa membuat rujukan. 

Tahukah anda, 90% calon gagal dalam exam PTD hanya kerana faktor remeh iaitu tidak tahu format soalan? Seperti mana yang kita tahu untuk bergelar seorang Pegawai Tadbir Diplomatik bukanlah mudah. Exam online nanti hanyalah sebagai step pertama anda sebagai seorang calon. Namun begitu, step pertama inilah yang penting untuk anda fokus sebagai langkah permulaan bergelar seorang PTD. 

Untuk lulus exam online PTD, calon harus:-

  • Tahu format exam
  • Tahu contoh soalan 
  • Tahu cara mencari jawapan
  • Tahu bentuk soalan
  • Tahu pembahagian seksyen dalam exam
  • Tahu bagaimanakah jenis soalan yang akan ditanya
  • Tahu bagaimana cara permakahan dikira
  • Tahu peraturan penting sebelum, semasa dan selepas exam
Contoh soalan PTD Seksyen A Pengetahuan am

Contoh soalan PTD Seksyen A Pengetahuan am

Jika anda blur, terutamanya jika anda adalah calon kali pertama exam online PTD ini jangan risau kami akan bantu anda dari segi persediaan. Ketahuilah bahawa bantuan yang berupa rujukan peperiksaan kami ini akan menjimatkan banyak masa anda mengulangkaji malah memberi gambaran kepada anda bagaimana exam online ini dibentuk. Blila dah tahu, insyaallah jalan nak lulus itu akan dipermudahkan. Kami beri tips, tapi anda juga perlu usaha. Tiada jalan mudah untuk berjaya tapi ianya bukan mustahil jika ditunjukkan panduan yang betul.

Peperiksaan online PTD ada 3 seksyen iaitu Seksyen A, Seksyen B dan Seksyen C. 

Disclaimer: Contoh soalan yang kami tunjukkan hanyalah contoh soalan sahaja. Ia bertujuan untuk memberikan sedikit gambaran kepada calon bagaimana rupa soalan dibentuk. Ianya bukan soalan ramalan, bukan soalan exam sesi lepas dan bukan soalan bocor. Jika soalan seperti itu yang anda cari maaf ianya tiada di sini.

Soalan Seksyen A Pengetahuan am adalah bersifat analitikal. Ada soalan yang ditanya direct dan ada yang memerlukan bacaan. Calon perlu kukuhkan bacaan surat khabar nasional seperti Utusan dan Berita Harian. 

Contoh Soalan exam PTD Seksyen A Pengetahuan am

1 – Pada April 2009, Dato’ Seri Najib Razak telah memperkenalkan konsep 1Malaysia yang melibatkan 8 nilai utama. Di antara berikut, yang manakah BUKAN tergolong daripada 8 nilai tersebut?

a)Ketabahan

b)Kesetiaan

c)Pemberian

d) Meritokrasi

2 – Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:

a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

3- Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:

a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

4- Mahkamah Tinggi mempunyai ciri-ciri seperti:

I. Mendengar dan menentukan rayuan bagi kes-kes jenayah dan sivil daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.

II. Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa asal yang tidak terhad bagi kes-kes sivil dan jenayah.

III. Membicarakan kesalahan yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda.

IV. Mempunyai bidang kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati.

a) I dan II

b) I, II dan III

c) II, III dan IV

d) I, II, III dan IV

5-  Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mempunyai program teras yang memberi khidmat Kesihatan Reproduktif kepada orang ramai. Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif disampaikan menerusi:

a) Kupon perubatan RM100 satu keluarga

b) Pusat Perubatan rangkaian KPJ

c) Klinik Nur Sejahtera

d) Klinik Nur Ihsan

6-  Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa

b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa

c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

7-  Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:

a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan

b) Mengawal status perbandaran

c) Melantik Datuk Bandar

d) Melantik ahli majlis

8- Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:

I. Kewarganegaraan

II. Bahasa Kebangsaan

III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap

IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

a) I, II dan III

b) I, III dan IV

c) II, III dan IV

d) I, II dan IV

Masih tak puas? 12 Mei, Tim Infokerjaya akan membuka tawaran untuk memiliki Rujukan Peperiksaan Online PTD versi penuh! Rujukan ini menjadi rebutan calon-calon tahun ini. Sehingga hari ini kami tak menang tangan reply email calon-calon yang berminat mendapatkan rujukan versi penuh ini. Bookmark website kami. 

Jangan jadi yang tertinggal! Isi email utama untuk tak terlepas hebahan Rujukan Penuh:

Rujukan Ujian Psikometrik 2019

Nota Ringkas + Perangkap +
197 Contoh Soalan & Jawapan 
+ Extra 50 Soalan Matematik
Isi email utama anda sekarang!



Latest Comments

  1. Anonymous November 16, 2016

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.