Peperiksaan Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN September 2017

Buat para graduan yang gigih mengikuti peperiksaan yang dianjurkan badan kerajaan, pada 20 September 2017 ini, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengadakan satu peperiksaan mengejut. Dengan calon panggilan dijangka dalam lingkukan 15,000 ke 20,000, hanya ada 230 kekosongan jawatan sahaja untuk jawatan Pegawai Eksekutif Gred 41. Jadi untuk anda yang tidak tahu sama ada terpilih atau tak untuk mengikuti Peperiksaan Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN ini, boleh semak pada link di bawah.

Peperiksaan Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN September 2017

 

Link semakan:- > SEMAKAN PEPERIKSAAN ONLINE  PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 41 (PENGAMBILAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA)

Sedikit maklumat tentang deskripsi tugas secara am bagi calon yang terpilih untuk menjalani exam ini nanti:-

  • Menjalankan operasi pematuhan cukai, audit meja, audit luar danaudit PCB (Potongan Cukai Berjadual).
  • Mengendalikan/membantu mengendalikan kes-kes pungutan
    cukai di peringkat pra-penghakiman termasuk kes-kes interlokutori sivil dan bicara penuh di peringkat Mahkamah
    Rendah dan Mahkamah Tinggi;
  • Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan LHDNM yang merupakan output utama Jabatan Kewangan.
  • Mengurus dan melaksanakan semua perkara berkaitan pengurusan insan termasuklah hal-hal perkhidmatan seperti prestasi, latihan, disiplin, kemudahan, penempatan dan pertukaran pegawai.

 

Apa kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN?

  • Berdaya saing, cergas, berfikiran strategik, mempunyai minda analitikal, berupaya memacu keberhasilan, inovatif, kreatif dan fleksibel.
  • Mempunyai semangat kerja berpasukan yang jitu serta berkemahiran tinggi dalam komunikasi melalui Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Apa kelebihannya menjadi seorang pegawai LDHN ini?

Di antara kelebihan yang diperolehi setelah menyertai LHDNM adalah seperti kenaikan gaji setiap tahun, kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan, cuti tahunan mengikut kelayakan, cuti bersalin serta pinjaman perumahan.

Kami kongsikan juga sedikit ringkasan mengenai format Peperiksaan Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN ini:-

a) Seksyen A: Pengetahuan Am

Waktu: 8.00 pm – 8.40 pm

b) Seksyen B: Daya menyelasaikan masalah

Waktu: 8.55 pm – 9.45 pm

c)  Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Waktu: 10.00 pm – 10.20 pm

Jadi, exam Peperiksaan Pegawai Eksekutif akan dijalankan tak lama lagi. Anda sebagai calon pasti inginkan kejayaan dan LULUS CEMERLANG dalam exam ini kan? Tapi kalau hanya ada kemahuan saja tapi tiada teknik yang betul tak akan berjaya. Kami nak beri apa yang anda perlukan untuk lulus!

Ini yang anda perlukan untuk lulus:-

  • Penerangan format secara terperinci
  • Contoh soalan dan jawapan setiap seksyen
  • Cara menjawab soalan
  • Nota rujukan pantas yang bakal jimatkan masa anda study!
  • Latih tubi untuk anda prepare persediaan jalani exam sebenar
  • Nota-nota tambahan tentang LDHN

 

Ini semua bakal kami beri dalam artikel kami yang seterusnya nanti! Jangan tekan butang pangkah dulu. Sila bookmark website kami ini agar anda tak terlepas peluang untuk LULUS dalam exam nanti. 

 

Siapa kami? Kenapa kami yakin sangat nak berikan anda tips supaya lulus? 

Kami sebahagian dari Tim Infokerjaya yang telah banyak membantu lebih 75,000 graduan lulus dalam exam perkhidmatan awam sejak tahun 2009 lagi. Bukan hanya menerbitkan pakej rujukan exam, kami juga membantu para graduan untuk melalui proses temuduga kerja. Kredibiliti kami tak boleh disangkal lagi. Selongkar laman web kami ini dan anda akan jumpa testimoni-testimoni kejayaan dari graduan terdahulu.

 

Jadi, nantikan artikel seterusnya dari kami. Peluang kadang-kadang hanya datang sekali. Buang ego dan mula lah belajar sekarang. Kami nak bantu anda lulus, tak mahu lihat anda menangis kemudian hari. Lepas tu salahkan pula pihak lain yang dah dapat kerja. Tiada kabel dalam kerjaya kerajaan. Yang ada hanya usaha dan keazaman anda. Ok. 

**DISCLAIMER**

PTDEXAM.COM/BLOG tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Apa yang PTDEXAM.COM/BLOG sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.