Tangga Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Dan Elaun-Elaun

Tangga Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Dan Elaun-Elaun

Selain daripada digelar sebagai antara pegawai kerajaan tertinggi dalam negara, antara lain yang menjadi minat graduan muda untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik adalah tentang tangga gajinya. Tangga gaji Pegawai Tadbir Diplomatik antara dikatakan penyebab utama ramai yang nak memohon jawatan ini. Selain dari gaji pokok, elaunnya banyak. Pendek kata, siapa yang menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik mempunyai masa depan yang cerah dan dapat hidup senang. Insyaallah.

Ok, kepada para calon exam Pegawai Tabdir Diplomatik 1 November ini, mari cuci mata dengan info yang bakal kami berikan. Bila anda lihat saja tangga gaji Pegawai Tadbir Diplomatik ini beserta elaun-elaun yang bakal didapati, pasti anda terbuka mata dan lebih bersemangat untuk lulus. Oh lupa, ada lagi cuti khas yang bakal anda dapat. Itu semua setelah anda bergelar seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Tangga Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Dan Elaun-Elaun

Tangga Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Dan Elaun-Elaun

Daripada portal rasmi SPA, TANGGA GAJI PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK bermula daripada minimum RM 2235.00. Itu sudah banyak bagi seseorang yang baru masuk kerja. Gaji maksimum adalah RM 8731.00. Wow, hampir sepuluh ribu!. Kadar kenaikan tahunan pula adalah RM 225. Anda fikir anda boleh dapat kerja yang seperti ini gajinya? Jadi, berusahalah untuk lulus dalam exam PTD 1 November ini nanti. 

Itu gaji, ini pula senarai Imbuhan yang anda bakal dapat. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Bantuan sara hidup COLA. Kemudian senarai kemudahan pinjaman yang disediakan kerajaan adalah seperti pinjaman perumahan, pinjaman komputer, pinjaman kenderaan, kemudahan rawatan perubatan, 30 jenis cuti dan biasiswa pelajaran. Cukup sudah kelebihan yang ada pada Pegawai Tadbir Diplomatik. Para calon, adakah anda teruja membaca tangga gaji Pegawai Tadbir Diplomatik ini?

Ini pula kami ringkaskan bagi menyejukkan mata anda, antara faeda- faedah bergelar seorang penjawat awam:-

Elaun Elaun

    • Imbuhan tetap perumahan
    • Imbuhan Tetap Khidmat Awam
    • Imbuhan Tetap Kerajaan
    • Imbuhan Tetap Jawatan Utama
    • Bayaran Insentif Wilayah
    • Bayaran Insentif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
    • Bayaran Insentif Pakar
  • Elaun Khidmat Luar Negara

Kemudahan kemudahan

  • Kemudahan cuti
  • Kemudahan Kuarters Kerajaan
  • Rawatan perubatan
  • Pinjaman kewangan -rumah, kereta, dan komputer
  • Subsidi menyertai kelab rekreasi
  • Tambang mengunjungi wilayah asal
  • Bayaran pakaian istiadat

Faedah persaraan

  • Ganjaran
  • Pencen bulanan
  • Ganjaran gantian cuti rehat
  • Rawatan perubatan

Source: www.spa.gov.my

Ok, ada alasan lagi tak mahu berusaha untuk lulus?

Rujukan Ujian Psikometrik 2019

Nota Ringkas + Perangkap +
197 Contoh Soalan & Jawapan 
+ Extra 50 Soalan Matematik
Isi nama dan email anda sekarang!



Latest Comments

  1. safri October 18, 2015
    • Hamba Allah February 16, 2016
  2. Fatihah September 7, 2016
  3. Anonymous November 4, 2016
  4. Anonymous November 7, 2016
  5. Anonymous December 6, 2016
  6. pak haji October 25, 2017
  7. amir November 1, 2017
  8. Anonymous January 3, 2018

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.