Tugas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

Tugas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

 

 

Pada 1 November nanti, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengadakan peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Tarikh yang kami sebut itu, pasti ramai diantara calon sudah tahu. Tinggal hanya dalam seminggu, anda sebagai calon perlu mengosongkan minda dan meletakkan hampir 100 peratus fokus untuk menelaah bahan-bahan rujukan untuk lulus dalam peperiksaan nanti. Ada calon yang tak mahu lulus? Kami pasti anda yang sedang membaca post ini bukanlah antara calon PTD yang berfikiran sebegitu. Sebagai seorang calon exam PTD ini, perkara utama yang anda perlu tahu adalah tentang tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

 

 

Menurut laman web rasmi SPA, secara bahasanya tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah; 

merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

 

 

Tugas-Pegawai-Tadbir-Dan-Diplomatik

Tugas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

 

 

Dari rumusan itu juga, ada lapan teras dalam TUGAS PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK iaitu:-

 

  1. Pengurusan Kewangan
  2. Pengurusan Teknologi Maklumat
  3. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
  4. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri
  5. Pembangunan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi
  6. Keselamatan dan Pertahanan Negara
  7. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur dan
  8. Pengurusan Ekonomi

 

 

Kami tahu bukan mudah seseorang calon itu dipilih untuk mengikut exam. Hanya mereka yang benar benar layak saja yakni mereka yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda akan dipilih. Ini kerana, bergelar seorang PTD bukan perkara yang enteng. Ia memerlukan seseorang yang benar-benar tahu memikul tanggungjawab dan faham tentang tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik untuk menggalas jawatan ini. Jadi tidak hairanlah PTD menjadi pilihan utama lepas graduan yang mengisi borang SPA. 

 

 

Jadi berikan satu tepukan kuat untuk diri anda sendiri kerana terpilih dan tadahkan tangan memanjatkan syukur pada Yang Maha Esa. Kerja anda sekarang ini adalah study, carilah bahan rujukan yang lengkap dan tepat supaya anda dapat lulus dengan cemerlang nanti. Masa ini adalah detik ujian juga bagi anda, untuk melihat sejauh mana persediaan anda dalam menhadapi peperiksaan. Sejauh mana usaha anda. Jika sebelum exam pun calon masih malas malas dan sambil lewa, bagaimanakah dia layak menggalas tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 nanti kan?

 

Kami ucapkan, selamat berusaha dan selamat berjaya kepada anda semua. 

 

Source: www.spa.gov.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.