Jadual Temuduga Penolong Pegawai AntiDadah Gred S29 Agensi Antidadah Kebangsaan untuk tahun 2022.
Semakan penjadualan temuduga spa bagi bulan Ogos 2022
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
Kumpulan: Pelaksana
PENOLONG PEGAWAI ANTIDADAH GRED S29 |
Tarikh Temu Duga: 16 Ogos 2022 – 26 Ogos 2022 |
Link semakan: https://online.spa.gov.my/online/jad_td/rs/jadual_temuduga.php?pemerolehan=SM20210175
Sumber: SPA
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Antidadah Gred S29
Bertanggungjawab melaksanakan semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan, menjalankan fungsi penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Jadual Gaji
GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN |
RM1,493.00 | RM5,672.00 | RM 145.00 |
Tips Temuduga Kerajaan
TIP #1 |
Faham jawatan anda. Kenalpasti anda akan diletakkan di bawah kementerian/jabatan mana jika berjaya. |
TIP #2 |
Buka web rasmi kementerian tersebut. Kenalpasti tugasan dan carta organisasi kementerian tersebut. |
TIP #3 |
Rujuk arkib akbar online. Kenalpasti berita berkaitan kerajaan untuk 2 bulan terakhir. |
TIP #4 |
Tingkatkan keyakinan diri dengan berlatih bercakap di hadapan cermin! |
Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga
Berikut ialah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga. Panel penemuduga bakal tersinggung dengan sikap anda sekiranya anda berbuat demikian.
- Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.
- Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.
- Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemuduga dengan bercakap tentang perkara lain.
- Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.
- Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemuduga berasa kagum dengan anda.
- Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.
Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan lagi rasa meluat orang lain terhadap anda biar pun anda merasakan tindakan tersebut bagus.