Tips Hadiri Temuduga SPA – Info Khas Dari SPA

Tips Hadiri Temuduga SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kongsi info graphic tips hadiri temuduga spa.

Tips Hadiri Temuduga SPA
tips hadiri temuduga spa

INFO SPA:

TIPS MENGHADIRI TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Ini tips-tips yang dikongsikan SPA melalu info graphic:

SEBELUM

  • Pastikan semua DOKUMEN yang diperlukan LENGKAP & DISUSUN
  • Pastikan ETIKA PAKAIAN DIPATUHI
  • Membaca dengan TELITI SURAT PANGGILAN TEMU DUGA
  • SARAPAN PAGI sebelum hadir ke Pusat Temu Duga
  • Menyemak STATUS RISIKO (COVID-19) MySejahtera

SEMASA

  • Hadir 10-15 MINIT LEBIH AWAL ke Pusat Temu Duga SEBELUM MASA YANG DITETAPKAN
  • Memakai PELITUP SEPARUH MUKA & PELINDUNG MUKA
  • MENDAFTAR di KAUNTER PENDAFTARAN
  • DUDUK dengan tenang dan tunggu sehingga GILIRAN DIPANGGIL
  • Maklumkan kepada Pentadbir sekiranya anda;

    MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN/ MENJALANI RAWATAN/ PEMBEDAHAN
    MENGANDUNG
    BERASA GELISAH YANG KETERLALUAN

Sumber: Facebook Page Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Tips Tambahan Dari Admin PtdExam.com

Menjaga adab dan sikap semasa temuduga

  1. Elakkan daripada berbohong semasa temuduga.
  2. Sekiranya anda tidak tahu jawapan, elakkan daripada menipu atau mendiamkan diri sahaja. Bersikap jujur sahaja dengan memberitahu anda tidak tahu jawapannya.
  3. Bersedia untuk menceritakan penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.
  4. Jangan berbincang tentang masalah peribadi anda semasa ditemuduga. Ianya tidak berkaitan dengan panel penemuduga dan mereka tak mahu mendengarnya.
  5. Jika disoal tentang pengalaman kerjaya terdahulu, berikan keterangan dengan ringkas, padat dan tepat.
  6. Elakkan daripada memburuk-burukkan bekas majikan anda sama ada dari sektor awam atau sektor swasta yang terdahulu. Kongsikan kisah yang baik-baik sahaja.
  7. Nyatakan kelulusan dan kelayakan anda yang sebenar. Namun usah mendabik dada sekiranya kelayakan dan kelulusan anda amat tinggi.
  8. Anda wajib mengetahui sebahagian dari tugas-tugas yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
  9. Biar panel penemuduga yang menamatkan sesi temuduga.
  10. Ucapkan terima kasih kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
  11. Jangan lupa berjabat tangan dengan panel penemuduga.

Jika anda hadiri temuduga untuk Gred 11 atau 19. Baca Checklist Dokumen ini.

Rujukan Ebook Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.