Panggilan Ujian Psikometrik Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 di Kementerian Perpaduan Negara serta di pelbagai kementerian/jabatan untuk calon Sabah dan Sarawak di tahun 2022.
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19 |
TARIKH : 7 SEPTEMBER 2022 (RABU) |
Semak panggilan di link semakan di bawah:
Sabah (https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SS20220018)
Sarawak (https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SS20220019)
Sumber: Facebook Page SPA
Deskripsi Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat S19
Membantu memantau pengurusan dan pengoperasian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Skim Rondaan Sukarela (SRS), Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan. Pengesanan dan pemantauan isu perpaduan dan melaksanakan program pengukuhan masyarakat dalam komuniti. (Rujukan: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melalui surat JPN.01/514 Jld(22) bertarikh 09.08.2021)
Apakah Ujian Psikometrik
Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.
Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pembangunan Masyarakat S19
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik Pembangunan Masyarakat S19
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/