Jawatan kosong Penolong Juruaudit Gred W29 Jabatan Audit Negara bagi tahun 2024. Sebanyak 23 kekosongan 23 dan 150 simpanan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN AUDIT NEGARA
KUMPULAN PELAKSANA
SIJIL/DIPLOMA
PENOLONG JURUAUDIT GRED W29 |
KEKOSONGAN: 23 SIMPANAN: 150 |
Tarikh tutup permohonan : 11 Julai 2024 (Khamis), jam 11.59 malam.
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah ini https://spa9.spa.gov.my/login.
Sumber: Facebook Page SPA
Tugas Penolong Juruaudit Gred W29
Bertanggungjawab menjalankan pengauditan secara profesional, mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit dan laporan berkaitannya, menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Syarat Lantikan Wajib
– Warganegara Malaysia
– Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Syarat Lantikan
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED W29:
Kelayakan Masuk | : | Sijil Politeknik |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
Gaji Permulaan | : | W29: RM1,510.92 |
ATAU
Kelayakan Masuk | : | Kelayakan ikhtisas |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. |
Gaji Permulaan | : | W29: RM1,510.92 |
ATAU
Kelayakan Masuk | : | Diploma |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
Gaji Permulaan | : | W29: RM1,776.08 |
ATAU
Kelayakan Masuk | : | Badan Profesional |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
Gaji Permulaan | : | W29: RM2,001.68 |
DAN
Syarat Lantikan Tambahan | : | |
Syarat Bahasa Melayu | : | Kepujian di peringkat SPM/SVM |
DANĀ
Bidang Kelayakan Akademik | : | Perakaunan |
Bidang Lain | : |
Taraf Pelantikan
i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Keperluan Bidang
(Ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan)
Seperti dilampiran.
Keperluan Tambahan
Hanya calon yang telah memperoleh sijil/diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruaudit Gred W29 2024
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik Penolong Juruaudit Gred W29 2024
Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?
- Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2024 ini
- Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
- 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
- Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
- Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
- Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda
- Edisi terkini dengan 200 hingga 400 contoh soalan
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/