Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 2016: Nota dan rujukan terkini

Kita baru saja habis dengan peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 semalam, kini satu lagi exam SPA dibuka, iaitu peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang akan dijalankan pada 5 Disember ini. Yup. Kurang 2 minggu lagi. Seperti yang anda sedia maklum, kami aktif membantu calon-calon yang terlibat dalam exam SPA dari segi persediaan. Yang mana kita semua maklum bahawa exam untuk memasuki jawatan dalam kerajaan ini bukanlah semudah yang disangka.

 

Kepada anda yang masih belum menyemak sama ada nama anda terpilih atau tidak untuk memasuki exam nanti, sila cek di link ini:-

 

Link semakan:- http://e-semakanbcc.spa.gov.my/

Terpilih? Yeay, tahniah! Kini tiba masa untuk mencari bahan rujukan yang penting bagi membolehkan anda menjawab exam dengan baik nanti. Exam Penolong Pegawai Tadbir N29 akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi, jadi anda rasa anda sempat nak habiskan 4,5 buku yang tebalnya setebal alam? Hehe, jangan risau kami anda bantu anda. Apa yang kami boleh katakan rujukan dari kami Tim Infokerjaya akan menjimatkan masa anda mengulangkaji dan compactkan minda anda supaya anda dapat maklumat yang ringkas tapi padat.

Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 2016: Nota dan rujukan terkini

Sebelum kita cerita tentang rujukan exam Penolong Pegawai Tadbir N29 ni, kami nak terangkan sikit deskripsi tugas dan tangga gajinya.

Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 terletak dalam kumpulan Pelaksana dibawah Kementerian Pertahanan dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Gaji minimum bermula daripada RM 1493.00 hingga maksimum RM 5672.00 dengan kenaikan gaji RM 145 setiap tahun. Deskripsi tugasnya adalah; Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Syarat lantikan Penolong Pegawai Tadbir N29 adalah:-

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
    2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
    3. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

 

Untuk syarat Bahasa Melayu:-

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Manakala untuk syarat peningkatan secara lantikan pula:-

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

 

Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 2016: Nota dan rujukan terkini

Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 sesi 5 Disember 2016

 

Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 2016: Nota dan rujukan terkini
Rujukan Penolong Pegawai Tadbir N29

 

Rujukan peperiksaan PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 baru sahaja dilancarkan oleh Tim Infokerjaya pada 30hb. Kenapa anda wajib dapatkan rujukan exam ini?

90% calon gagal dalam exam SPA adalah kerana faktor remeh iaitu TAK TAHU FORMAT SOALAN.

Bagaimana rujukan ini bakal membantu anda?

Rujukan ini disusun untuk memberikan ‘booster’ kepada persediaan anda. 5 DISEMBER sudah tidak lama lagi. Anda perlukan sesuatu yang komprehensif dan kami di sini mahu BANTU anda!
  • Menjimatkan masa anda! Kami bantu anda dengan penyediaan Nota-Nota ringkas untuk persediaan pantas anda. Anda bakal jimat 72 JAM!
  • Jelas format 2016! Jika anda menggunakan rujukan 2014 ke bawah, anda akan mengalami kerugian besar. Format telah diubah! Kami bantu anda faham format terkini!
  • Bagaimana soalan ditanya! Kami bantu anda untuk buang gugup + ‘blur’ peperiksaan online nanti. Contoh-contoh soalan dibina untuk memberikan gambaran jelas kepada anda bagaiman soalan ditanya.

Rujukan utama untuk peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 sudah dikeluarkan, terus ke link ini:

>> http://www.ptdexam.com/pptn29.htm <<

Latih Tubi Exam PPT N29
Latih Tubi Exam PPT N29

Dalam pakej rujukan ini ada ‘one time offer’ untuk latih tubi. Apa yang terkandung dalam ni?

  • 60 Soalan Latih Tubi Seksyen A
  • 60 Soalan Latih Tubi Seksyen B
  • Jawapan disediakan
  • Jalan kira Seksyen B didetailkan

Rujukan ini akan ditutup 11.59 malam ini, 3 Disember 2016! Mohon para calon bertindak dengan kadar segera. Untuk preview copy dan juga sedikit contoh soalan, mohon isi email di kotak di bawah 

 

Testimoni
Testimoni – open image in new tab untuk besarkan

Related Posts

2 thoughts on “Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 2016: Nota dan rujukan terkini

  1. saya memerlukan cara menjawab soalan online peperiksaan penolong pegawai tadbir n29 pada 5 disember 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.