Berikut adalah info tentang deskripsi tugas pembantu perawatan kesihatan U11, tangga gaji jawatan ini dan syarat lantikan ke jawatan ini
Deskripsi tugas pembantu perawatan kesihatan
Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN |
---|---|---|
RM1,204.00
|
RM3,001.00
|
RM80.00 |
Syarat Lantikan:
-
warganegara Malaysia;
-
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
-
Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00). -
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Kumpulan: Pelaksana
- Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Resources: www.spa.gov.my
Untuk yang dipanggil temuduga ke jawatan ini boleh terus ke link ini: temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11