Senarai Semak Dokumen Semasa Menghadiri Temuduga SPA bagi Gred 11 dan 19
Calon temuduga melibatkan jawatan Gred 11 dan 19 DIWAJIBKAN membawa resume bergambar yang ringkas dan padat bersama-sama dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT yang DISUSUN MENGIKUT TURUTAN semasa menghadiri temuduga SPA seperti berikut:
LANTIKAN BAHARU
Lampiran dokumen A
- Resume bergambar
- Kad pengenalan
- Sijil kelahiran
- Sijil kewarganegaraan Malaysia atau bukti lain yang mengesahkan kerakyatan Malaysia seperti sijil kewarganegaraan ibu/bapa (jika berkenaan)
- Sijil SRP/PMR/PT3/SPM/SPM (V)/SVM/SKM (Bukan slip peperiksaan)
- Sijil akademik lain seperti STPM/STAM/Sijil Matrikulasi KPM/Sijil politeknik/Sijil daripada institusi pendidikan berkaitan/diploma/Ijazah sarjana muda/sarjana/doktor falsafah (jika berkenaan)
- Sijil berhenti sekolah menengah
- Lesen memandu (jika ada)
- Sijil kegiatan luar
- Sijil pendaftaran orang kurang upaya/surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program kesejahteraan rakyat (jika berkenaan)
CALON LANTIKAN TETAP YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM/PIHAK BERKUASA/TEMPATAN/BADAN BERKANUN
LAMPIRAN DOKUMEN A
Beserta
LAMPIRAN DOKUMEN B
11. Ringkasan kenyataan perkhidmatan pengesahan ketua jabatan (di pautan pegawai sedang berkhidmat/peningkatan secara lantikan (PSL) (https://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/pegawai-sedang-berkhidmat-psl)
12. Laporan penilaian prestasi tahunan yang terkini
13. Slip keputusan peperiksaan PSL (jika berkenaan)
CALON LANTIKAN BEKAS TENTERA / POLIS
LAMPIRAN A
beserta
LAMPIRAN C
11. Salinan pengakuan perkhidmatan anggota (BAT D 92B)
12. Kad veteran ATM/ kad bekas tentera/ surat pengesahan status berpencen
13. Kenyataan perkhidmatan (BAT.D.132/ KEW 14) dari Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 2011
14. Salinan pengakuan perkhidmatan anggota polis
PERINGATAN
- Calon DIKEHENDAKI MELENGKAPKAN RESUME di pautan MyResume (https://myresume.spa.gov.my)
- Kegagalan calon untuk mematuhi syarat wajib penyediaan dokumen serta mengemukakan maklumat palsu boleh MENJEJASKAN PERTIMBANGAN SURUHANJAYA UNTUK URUSAN LANTIKAN.
- Rujuk surat panggilan temuduga untuk maklumat lanjut
Sumber: SPA
Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan
Untuk calon yang dipanggil temuduga, boleh mendapatkan rujukan temuduga ini khas untuk temuduga kerajaan/spa.
>> https://go.infotambahan.com/temuduga-kerajaan/30?campaign=545