i-Lestari KWSP | Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kemudahan caruman akaun 2 KWSP bermula 1 April 2020 khas untuk membantu meringankan beban rakyat akibat wabak covid-19.
i-Lestari KWSP tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum di bawah usia 55 tahun
Berikut adalah Soalan Lazim dan Cara mohon i-Lestari KWSP
1. Bilakah ahli boleh mula memohon Pengeluaran i-Lestari?
Ahli boleh mula membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020
2. Berapakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?
Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:
- Maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan (1 tahun) (Tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat)
- Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada 2(i)
- Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021
- Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020
3. Bagaimanakah ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?
Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui TIGA (3) saluran berikut:
- Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
- Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik); ATAU
- Secara pos/pos berdaftar ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari)
Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli seperti mana di 2(i)
4. Siapakah yang layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari?
Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:
- Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
- Berumur bawah 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2*
- Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
*Tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
5. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan
6. Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan
7. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut
Soalan lazim ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan soalan anda melalui e-mel kepada ilestari@epf.gov.my
Reference: KWSP
Bacaan lain berkaitan bantuan Covid-19: Penangguhan Moratorium