Peluang kerjaya jawatan Kosong Pegawai Optometri Gred U41 Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tahun 2022.
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
IJAZAH (PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)
PEGAWAI OPTOMETRI GRED U41 |
KEKOSONGAN: 3 SIMPANAN: 20 |
Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.
Siapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login
Deskripsi Tugas Pegawai Optometri Gred U41
Melaksanakan pemeriksaan mata (Optometris dan Orthoptics), perkhidmatan kanta sentuhan, mengukur ‘K-Reading’ dan ujian penglihatan warna di hospital-hospital Kerajaan.
Syarat Lantikan
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Optometri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Keperluan Tambahan
Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Optometri yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Jadual Gaji
Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
RM2,429.00 | RM9,656.00 | RM225.00 |
Sumber: SPA
Contoh Soalan Pegawai Optometri U41