Permohonan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil untuk sesi bulan Januari bagi tahun 2025. Kekosongan 3180. Permohonan dibuka sekarang!
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KUMPULAN PELAKSANA
SPM
LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN SIJIL (SESI JANUARI TAHUN 2025) |
KEKOSONGAN: 3180 |
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Ogos 2024 (Isnin), jam 11.59 malam.
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login.
Sumber: Facebook Page SPA
Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.
Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan adalah 2 kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:
– Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan : 3 Tahun); dan
– Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan : 2 Tahun)
Syarat Kelayakan
i. Warganegara Malaysia;
a) tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa; atau
b) tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa bagi Pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL); atau
c) tidak melebihi 38 tahun pada sesi pengajian semasa bagi Pegawai Sedang Berkhidmat (selain PSL)
ii. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iii. Memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan:
- https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/latihan-separa-perubatan
Jenis-Jenis Latihan Dan Kekosongan
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi latihan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun calon yang pernah memohon Latihan Juru X-Ray (Diagnostik) dinasihati untuk mendaftar semula sebagai Latihan Juru X-Ray (Pengimejan Perubatan) bagi pengambilan mulai sesi Januari 2025
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil 2024
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil 2024
Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?
- Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2024 ini
- Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
- 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
- Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
- Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
- Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda
- Edisi terkini dengan 200 hingga 400 contoh soalan
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/