Free holdem texas poker

  1. Wild Symbol In The Slot Moon Princess: Thats why here at CasinoFreak we are trying to make things simple for you and we have compiled a list of the best Visa casinos on the market.
  2. Cluster Mechanics In 3 Hot Chillies - Give it a follow to keep up with the latest news and game releases.
  3. Demo Version Gonzos Quest Megaways: If you want to fully understand them, we suggest playing a few rounds of free money poker of each.

Online cryptocurrency casino fast payout paypal

Lucky Wheel Basic Symbols
Fridays historic drawing also produced more than 156,000 other Cash 5 winners all across Pennsylvania.
Game Release Date Big Bass Splash
The hand that deals closest to nine will win.
It is also the first Bitcoin exchange to have a trading price and volume on Bloomberg Terminal.

Real cryptocurrency casino slots for free

Bonus Joker Slots With Multiplier
The lower-paying symbols include card royals.
Is Plinko Game Predictable
On the contrary, all technical tools were helpful and all specialties have proven to be highly rewarding.
Lucky Wheel Free Spins And Bonus Money

Permohonan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil bagi sesi Julai tahun 2024. Sebanyak 2,910 kekosongan secara keseluruhan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma & Sijil (Sesi Julai Tahun 2024)

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KUMPULAN PELAKSANA

SPM

LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN SIJIL (SESI JULAI TAHUN 2024)
KEKOSONGAN : 2,910

Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Januari 2024 (Isnin), jam 11.59 malam

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login.

Sumber: Facebook Page SPA

Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan adalah 2 kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:

– Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan : 3 Tahun); dan

– Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan : 2 Tahun)

Jenis Latihan & Kekosongan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma & Sijil

Syarat Kelayakan

– Warganegara Malaysia;

– Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

– Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);

– Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan.

Kategori Pemohon dan Had Umur

a) Pemohon merupakan calon lepasan SPM/SPMV:

– Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.

b) Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

– Umur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;

– Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan

– Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

c) Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:

– Umur tidak melebih 38 tahun pada sesi pengajian semasa;

– Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan

– Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

CONTOH SOALAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN SIJIL

Note** Format exam rasmi adalah bergantung kepada SPA. Format exam sebenar akan diketahui setelah panggilan exam dibuat oleh pihak SPA.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM

Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan Pentadbiran kerajaan, dasar-dasar kerajaan & Polisi kementerian, Isu-isu semasa dalam & luar negeri, Perlembagaan Malaysia, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui IT dan teknologi semasa, suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh soalan:

1. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:

a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

Jawapan: C

2. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:

a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

Jawapan: A

3.  Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:

a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan

b) Mengawal status perbandaran

c) Melantik Datuk Bandar

d) Melantik ahli majlis

Jawapan: A

4. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:

I. Kewarganegaraan

II. Bahasa Kebangsaan

III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap

IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

a) I, II dan III

b) I, III dan IV

c) II, III dan IV

d) I, II dan IV

Jawapan: A

5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa

b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa

c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

Jawapan: A

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

Contoh Soalan:

Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

a) 40 biji

b) 60 biji

c)70 biji

d) 80 biji

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi sejak tahun 2019 ini seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga. Kami berikan contoh soalan soalan dalam seksyen ini.

1. A man was killed when his truck rammed into a _________ car in the middle of a road in Kuantan.

A. stationary
B. stationery
C. stationnary
D. stationery

Jawapan: A

2. Which of these sentences has wrong prepositions?

A. Solihin got on a plane and managed to arrive on time.
B. There is some pie in the pan over the counter top.
C. Jeffry slept on the couch under the fan last night.
D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush.

Jawapan: B

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN SIJIL

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Contoh soalan:

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

EBOOK RUJUKAN


RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN SIJIL 2023

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.