Panggilan Ujian Psikometrik Pengawal Keselamatan Gred KP11 Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (semenanjung) pada 9 Ogos 2022 ini.
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA (SEMENANJUNG)
PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 |
TARIKH : 9 OGOS 2022 (SELASA) |
Link semakan: https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SS20220012
Sumber: SPA
Deskripsi Tugas Pengawal Keselamatan KP11
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
APAKAH UJIAN PSIKOMETRIK?
Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.
Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/