Jawatan kosong Pemandu Kenderaan Gred H11 di Kementerian Kesihatan Malaysia (Sabah) untuk tahun 2022. Calon lelaki sahaja.
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PMR / PT3 (KUMPULAN PELAKSANA)
PEMANDU KENDERAAN GRED H11 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (SARAWAK) |
KEKOSONGAN: 7 |
Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.
Sesiapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login
Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.
Syarat Lantikan
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Lulus 4 subjek termasuk Matematik pada peringkat Pentaksiran Tingkatan tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh Skim perkhidmatan ini.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringakat PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jadual Gaji
Gaji Minimum | : RM1,218.00 |
Gaji Maksimum | : RM2,939.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | : RM80.00 |
Sumber: Facebook SPA
Contoh Soalan Pemandu Kenderaan H11