Jawatan kosong Pembantu Awam Gred H11 di Kementerian Kesihatan Malaysia (Sabah) untuk tahun 2022.
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PMR / PT3 (KUMPULAN PELAKSANA)
PEMBANTU AWAM GRED H11 di KKM (SABAH) |
KEKOSONGAN: 9 |
Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.
Sesiapa yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login
Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11
- Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
- Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
- Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
Syarat Lantikan
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Lulus 4 subjek termasuk Matematik pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Syarat tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jadual Gaji
Gaji Minimum | : RM1,218.00 |
Gaji Maksimum | : RM2,939.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | : RM80.00 |
Sumber: Facebook SPA
Contoh Soalan Pembantu Awam H11