Jawatan kosong Pembantu Operasi Gred N11 di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan di pelbagai kementerian/jabatan bagi tahun 2023 untuk calon Semenanjung. Sebanyak 94 kekosongan dan 1000 simpanan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERDANA MENTERI DAN DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN (SEMENANJUNG)
KUMPULAN PELAKSANA
PT3/PMR/SRP
PEMBANTU OPERASI GRED N11 |
KEKOSONGAN: 94 SIMPANAN: 1000 |
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Oktober 2023 (Khamis), jam 11.59 malam
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login.
Sumber: Facebook Page SPA
Deskripsi Tugas Pembantu Operasi Gred N11
– Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan
– Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
– Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].
Syarat Lantikan Wajib
– Warganegara Malaysia
– Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Syarat Lantikan
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED N11 :
Kelayakan Masuk | : | Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan |
Gaji Permulaan | : | N11: RM1,216.00 |
ATAU
Kelayakan Masuk | : | Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] |
Gaji Permulaan | : | N11: RM1,262.15 |
DAN
Syarat Lantikan Tambahan | : | |
Syarat Bahasa Melayu | : | Kepujian di peringkat PT3/PMR |
DAN
Bidang Kelayakan Akademik: | |
Bidang Lain: |
CONTOH SOALAN PEMBANTU OPERASI GRED N11
Note** Format exam rasmi adalah bergantung kepada SPA. Format exam sebenar akan diketahui setelah panggilan exam dibuat oleh pihak SPA.
CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM
Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan Pentadbiran kerajaan, dasar-dasar kerajaan & Polisi kementerian, Isu-isu semasa dalam & luar negeri, Perlembagaan Malaysia, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui IT dan teknologi semasa, suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.
Contoh soalan:
1. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:
a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.
b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.
c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.
d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.
Jawapan: C
2. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:
a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C
b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54
c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48
Jawapan: A
3. Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:
a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan
b) Mengawal status perbandaran
c) Melantik Datuk Bandar
d) Melantik ahli majlis
Jawapan: A
4. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:
I. Kewarganegaraan
II. Bahasa Kebangsaan
III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap
IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo
a) I, II dan III
b) I, III dan IV
c) II, III dan IV
d) I, II dan IV
Jawapan: A
5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:
a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa
b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa
c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa
d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara
Jawapan: A
CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)
Contoh Soalan:
Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?
a) 40 biji
b) 60 biji
c)70 biji
d) 80 biji
CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS
Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi sejak tahun 2019 ini seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga. Kami berikan contoh soalan soalan dalam seksyen ini.
1. A man was killed when his truck rammed into a _________ car in the middle of a road in Kuantan.
A. stationary
B. stationery
C. stationnary
D. stationery
Jawapan: A
2. Which of these sentences has wrong prepositions?
A. Solihin got on a plane and managed to arrive on time.
B. There is some pie in the pan over the counter top.
C. Jeffry slept on the couch under the fan last night.
D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush.
Jawapan: B
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU OPERASI GRED N11
Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.
Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.
Contoh soalan:
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
EBOOK RUJUKAN
RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU OPERASI GRED N11 2023
Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?
- Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2023 ini
- Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
- 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
- Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
- Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
- Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/