Permohonan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD 2016)

Permohonan Pegawai Tadbir Diplomatik untuk calon baru akan tamat pada 26 September 2016 ini menurut laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, SPA. Antara ciri-ciri calon pilihan mereka adalah berketerampilan, boleh bekerja secara pasukan, mempunyai bakat kepimpinan dan jati diri yang tinggi serta bersikap professional.

Permohonan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD 2016)

Berita baik kepada mereka  yang mempunyai Ijazah dan masih belum membuat permohonan Pegawai Tadbir Diplomatik lagi, anda boleh berbuat demikian sebelum 26 September ini. Terdapat 300 kekosongan untuk jawatan ini. Permohonan jawatan dibuka sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Penghantaran resume dan sebarang surat-menyurat tidak diperlukan. 

 

Bagi calon-calon yang telah mendaftarkan diri untuk jawatan ini tidak perlu lagi membuat permohonan Pegawai Tadbir Diplomatik, cuma anda perlu pastikan bahawa pendaftaran permohonan anda masih lagi dalam tempoh sah laku. Jika sudah tamat tempoh anda masih lagi boleh boleh mendaftar sehingga jam 11.59 malam 26 September nanti. 

Permohonan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD 2016)

Permohonan Pegawai Tadbir Diplomatik

Anda yang ingin memohon, boleh lawati laman web rasmi SPA:-

http://www.spa.gov.my

Untuk mereka yang belum tahu info ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mempunyai syarat lantikan baru untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik yang telah berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 yang lepas. Dibawah kumpulan Pengurusan dan Professional dan dibawah Kementerian dan Jabatan Perkhidmatan Awam, gaji minimum yang ditetapkan adalah RM2422.00 dan maksimum RM9631.00 dengan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM225.00. 

Untuk syarat lantikan, calon mestilah bergelar warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Calon juga haruslah mempunyai:-

a) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dengan gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00; atau

b) Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dengan gaji permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14; atau

c) Ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dengan gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48.

Selain itu, calon haruslah lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan dan hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran tadbiran Awam Negara. Untuk syarat kelayakan  Bahasa Melayu, calon mestilah memiliki Kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat SPM atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktirah setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

Source: www.spa.gov.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.