Jawatan kosong Pustakawan Gred S41 Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi tahun 2024 untuk calon Semenanjung. Hanya 3 kekosongan dan 30 simpanan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEPUJIAN/IJAZAH SARJANA MUDA
KEPUJIAN/IJAZAH SARJANA
PUSTAKAWAN GRED S41 |
KEKOSONGAN : 3 (SEMENANJUNG) SIMPANAN: 30 |
Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Jun 2024 (Rabu), jam 11.59 malam.
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login.
Sumber: Facebook Page SPA
Tugas Pustakawan Gred S41
Bertanggungjawab melaksanakan secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pengurusan pentadbiran dan kewangan, aplikasi ICT di perpustakaan, pemeliharaan keselamatan sumber maklumat, dokumentasi dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan serta penyeliaan kakitangan sokongan.
Syarat Lantikan Wajib
– Warganegara Malaysia
– Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Syarat Lantikan
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED S41:
Kelayakan Masuk | : | Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
Gaji Permulaan | : | S41: RM2,281.86 |
ATAU
Kelayakan Masuk | : | Ijazah Sarjana Muda Kepujian |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
Gaji Permulaan | : | S41: RM2,281.86 |
ATAU
Kelayakan Masuk | : | Ijazah Sarjana |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
Gaji Permulaan | : | S41: RM2,588.49 |
DAN
Syarat Lantikan Tambahan | : | |
Syarat Bahasa Melayu | : | Kepujian di peringkat SPM/SVM |
DAN
Bidang Kelayakan Akademik | : | Sains Perpustakaan |
Bidang Lain | : |
Taraf Pelantikan
i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Keperluan Bidang
(Ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan)
(a) Pengajian Maklumat;
(b) Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat);
(c) Pengajian Maklumat (Pengurusan Sistem Maklumat);
(d) Pengurusan Maklumat;
(e) Pengurusan Pusat Sumber;
(f) Pengurusan Rekod;
(g) Perpustakaan;
(h) Perpustakaan dan Sains Maklumat;
(i) Sains Maklumat (Pengurusan Rekod);
(j) Sains Maklumat (Pengurusan Sistem Maklumat);
(k) Sains Maklumat Pengurusan Perpustakaan; atau
(l) Sains Perpustakaan.
Keperluan Tambahan
Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian/Ijazah Sarjana Kepujian/Ijazah Sarjana yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pustakawan Gred S41 2024
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik Pustakawan Gred S41 2024
Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?
- Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2024 ini
- Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
- 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
- Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
- Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
- Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda
- Edisi terkini dengan 200 hingga 400 contoh soalan
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/