Semakan Penjadualan Temuduga Pegawai Antidadah S41

temuduga kerja kerajaan spa

MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA

Temuduga pegawai antidadah s41

PEGAWAI ANTIDADAH S41 AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

Tarikh Temu Duga: 7 Jul 2022 – 26 Jul 2022

Pautan Alternatif: https://online.spa.gov.my/online/jad_td/rs/jadual_temuduga.php?pemerolehan=SM20210176

Deskripsi Tugas Pegawai Antidadah S41

Membantu memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan pencapaian matlamat bagi semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah, kaedah-kaedah pentadbiran pusat dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab:Agensi Antidadah Kebangsaan

  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00RM9,544.00RM225.00

Syarat Lantikan:

1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 
(a)warganegara Malaysia; 
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
(c)  
(i)ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau 
(ii)ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang  yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Antidadah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Antidadah Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 
(a)  
(i)mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau 
(ii)lulus Peperiksaan Khas; dan 
(b)had umur pelantikan:berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atauberumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atauberumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber: SPA

Tips Temuduga Kerajaan:

Tip #1
Faham jawatan anda. Kenalpasti anda akan diletakkan di bawah kementerian/jabatan mana jika berjaya

Tip #2
Buka web rasmi kementerian tersebut. Kenalpasti tugasan dan carta organisasi kementerian tersebut

Tip #3
Rujuk arkib akbar online. Kenalpasti berita berkaitan kerajaan untuk 2 bulan terakhir

Tip #4
Tingkatkan keyakinan diri dengan berlatih bercakap di hadapan cermin!

Dapatkan Rujukan Temuduga Kerajaan khusus untuk calon temuduga kerajaan di laman ini:
>> https://go.infotambahan.com/temuduga-kerajaan/30?campaign=545

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.