Tag Archives: deskripsi tugas penolong penguatkuasa kp29

temuduga kerja kerajaan spa

Jadual Temuduga Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 KPDNHEP 2022

Semakan jadual temuduga Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tahun 2022.

temuduga kerja kerajaan spa
temuduga Penolong Pegawai Penguat Kuasa
PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP29
Tarikh Temu Duga: 1 September 2022 – 13 September 2022

Link semakan panggilan temuduga: https://online.spa.gov.my/online/jad_td/rs/jadual_temuduga.php?pemerolehan=SM20210351

Sumber: SPA

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

Tangga Gaji

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,493.00RM5,696.00RM145.00

Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga

Berikut ialah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga. Panel penemuduga bakal tersinggung dengan sikap anda sekiranya anda berbuat demikian.

  1. Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.
  2. Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.
  3. Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemuduga dengan bercakap tentang perkara lain.
  4. Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.
  5. Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemuduga berasa kagum dengan anda.
  6. Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.

    Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan lagi rasa meluat orang lain terhadap anda biar pun anda merasakan tindakan tersebut bagus.

Tips Temuduga Kerajaan

TIP #1
Faham jawatan anda. Kenalpasti anda akan diletakkan di bawah kementerian/jabatan mana jika berjaya.
TIP #2
Buka web rasmi kementerian tersebut. Kenalpasti tugasan dan carta organisasi kementerian tersebut.
TIP #3
Rujuk arkib akbar online. Kenalpasti berita berkaitan kerajaan untuk 2 bulan terakhir.
TIP #4
Tingkatkan keyakinan diri dengan berlatih bercakap di hadapan cermin!

Gaji, Syarat dan Deskripsi Tugas Penolong Penguat Kuasa KP29

Jadual gaji, syarat lantikan dan deskripsi tugas Penolong Penguat Kuasa KP29

Penolong Penguat Kuasa KP29

Jadual Gaji Penolong Penguat Kuasa KP29

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,493.00RM5,696.00RM145.00

Syarat Lantikan KP29 Penguat Kuasa

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00)
    ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00)
    iii. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00)
    iv. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95)
    v. Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15)
  • Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia;
    i. Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00)
    ii. Diploma dalam bidang perikanan, pertanian hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinary yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,846.15)
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut;
    i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
    ii. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
    iii. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
    iv. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
    v. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata
    vi. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
    vii. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa atau Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, Gred AB22 atau Gred AB26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) atau 1(d)
    ii. lulus Peperiksaan Khas
  • had umur pelantikan
    i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
    ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
    iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Penolong Penguatkuasa KP29

  1. Kementerian Dalam Negeri
    Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.
  2. Kementerian Pengangkutan
    Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.
  3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
    Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.
  4. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
    Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

Sumber: SPA

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguat Kuasa KP29

Daya Menyelesaikan Masalah

1. Hanim membeli 50 kotak coklat dan setiap kotak mengandungi 215 biji gula-gula. Hanim kemudiannya membungkus semua gula-gula itu secara sama banyak ke dalam 25 peket. Berapa biji coklatkah yang terdapat dalam setiap peket?

A. 325

B. 350

C. 425

D. 430

2. Harga sebuah beg ialah RM 95 dan harga sebuah dompet ialah RM 11 kurang daripada harga sebuah beg. Kirakan jumlah harga bagi 22 buah beg dan 33 buah dompet yang sama.

A. RM 2,090

B. RM 4,862

C. RM 4,983

D. RM 4,762

3. Sebuah kedai kek boleh menghasilkan 300 biji kek mufin dalam masa sejam. Jika kilang itu boleh menjual 3500 biji kek mufin sehari, berapakah masa yang diperlukan untuk menghasilkan kek mufin itu dalam masa satu minggu?

A.   51 jam 20 min

B.   16 jam 40 min

C.  100 jam 20 min

D.  81 jam 40 min

Kefahaman Bahasa Inggeris

1. A man was killed when his truck rammed into a _________ car in the middle of a road in Kuantan.

A. stationary

B. stationery

C. stationnary

D. stationery

2. Which of these sentences has wrong prepositions?

A. Solihin got on a plane and managed to arrive on time.

B. There is some pie in the pan over the counter top.

C. Jeffry slept on the couch under the fan last night.

D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush.





3. “The leaves on the tree outside my window was linked by the branches in between them.”Which word needs to be changed?

A. leaves

B. was

C. linked

D. them

Jawapan download di butang di bawah: