Tag Archives: penolong pegawai tadbir spa

Penolong Pegawai Tadbir JPA Gred N29 2023

Penolong Pegawai Tadbir JPA Gred N29 2023, Kekosongan 71 & Simpanan 500

Jawatan kosong Penolong Pegawai Tadbir JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) Gred N29 bagi tahun 2023. Sebanyak 71 kekosongan dan 500 simpanan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!

Penolong Pegawai Tadbir JPA Gred N29 2023

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

KUMPULAN PELAKSANA

STPM/STAM/SIJIL MATRIKULASI KPM/DIPLOMA

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
KEKOSONGAN: 71
SIMPANAN: 500

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Disember 2023 (Rabu), jam 11.59 malam.

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login.

Sumber: Facebook Page SPA

Tugas Penolong Pegawai Tadbir JPA Gred N29

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan konsuler dan penguatkuasaan undang-undang.

Syarat Lantikan Wajib

– Warganegara Malaysia

– Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Lantikan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED N29:

Kelayakan Masuk:Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Gaji Permulaan:N29: RM1,493.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Gaji Permulaan:N29: RM1,493.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Sijil Matrikulasi KPM
Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Gaji Permulaan:N29: RM1,493.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Diploma
Bidang/Kelayakan Khusus:Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Gaji Permulaan:N29: RM1,770.95

DAN

Syarat Lantikan Tambahan:
Syarat Bahasa Melayu: Kepujian di peringkat SPM/SVM

DAN 

Bidang Kelayakan Akademik:Bidang berkaitan
Bidang Lain:

Keperluan Bidang Pengkhususan
(Ditetapkan oleh Jabatan)

Senarai bidang boleh dirujuk seperti di Lampiran.

PENOLONG PEGAWAI TADBIR JPA GRED N29
PENOLONG PEGAWAI TADBIR JPA GRED N29
PENOLONG PEGAWAI TADBIR JPA GRED N29

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/kelulusan diploma dalam bidang berkaitan yang telah diiktiraf oleh senat universiti/jawatankuasa berkaitan sebelum atau tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

CONTOH SOALAN PEMBANTU PENOLONG PEGAWAI TADBIR JPA GRED N29

Note** Format exam rasmi adalah bergantung kepada SPA. Format exam sebenar akan diketahui setelah panggilan exam dibuat oleh pihak SPA.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM

Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan Pentadbiran kerajaan, dasar-dasar kerajaan & Polisi kementerian, Isu-isu semasa dalam & luar negeri, Perlembagaan Malaysia, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui IT dan teknologi semasa, suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh soalan:

1. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:

a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

Jawapan: C

2. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:

a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

Jawapan: A

3.  Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:

a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan

b) Mengawal status perbandaran

c) Melantik Datuk Bandar

d) Melantik ahli majlis

Jawapan: A

4. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:

I. Kewarganegaraan

II. Bahasa Kebangsaan

III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap

IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

a) I, II dan III

b) I, III dan IV

c) II, III dan IV

d) I, II dan IV

Jawapan: A

5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa

b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa

c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

Jawapan: A

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Contoh Soalan:

Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

a) 40 biji

b) 60 biji

c)70 biji

d) 80 biji

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi sejak tahun 2019 ini seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga. Kami berikan contoh soalan soalan dalam seksyen ini.

1. A man was killed when his truck rammed into a _________ car in the middle of a road in Kuantan.

A. stationary
B. stationery
C. stationnary
D. stationery

Jawapan: A

2. Which of these sentences has wrong prepositions?

A. Solihin got on a plane and managed to arrive on time.
B. There is some pie in the pan over the counter top.
C. Jeffry slept on the couch under the fan last night.
D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush.

Jawapan: B

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PENOLONG PEGAWAI TADBIR JPA GRED N29

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Contoh soalan:

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

EBOOK RUJUKAN


RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK PENOLONG PEGAWAI TADBIR JPA GRED N29 2023

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2023 ini
  • Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
  • 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
  • Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Penolong Pegawai Tadbir N29 - Tangga Gaji dan Deskripsi Tugas

Penolong Pegawai Tadbir N29 – Tangga Gaji dan Deskripsi Tugas

Penolong Pegawai Tadbir N29 – Tangga Gaji dan Deskripsi Tugas | Berikut merupakan tangga gaji dan deskripsi tugas bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29.

Penolong Pegawai Tadbir N29 - Tangga Gaji dan Deskripsi Tugas

Penolong Pegawai Tadbir N29 – Tangga Gaji dan Deskripsi Tugas

Berada di dalam kumpulan Pelaksana, Penolong Pegawai Tadbir N29 diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awan dan Kementerian Pertahanan. Tangga gaji bermula dengan RM1,493.00 dan maksima RM5,672.00 dengan kadar kenaikan tahunan sebanyak RM145.00.

  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
      3. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas : 
    Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Sources: www.spa.gov.my

______________________________________________________________________________________________

Anda calon peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 2018?

Sila download Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 ini sekarang juga.

Ini adalah komponen utama dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

  • 190++ mukasurat
  • 90++ Nota Ringkas
  • 50++ Contoh Soalan dan Jawapan SEKSYEN A
  • 40++ Contoh Soalan dan Jawapan SEKSYEN B

Ini juga bakal anda dapat(Platinum sahaja):-

  • EXTRA SEKSYEN A. Khas untuk yang betul-betul serius tahun 2018. Ada 60 Soalan dan Jawapan diberikan. Jadi total semua soalan termasuk komponen utama adalan 110 soalan (50 + 60)
  • Ramai yang mengeluh ‘tersangkut’ pada Seksyen Penyelesaian Masalah. Komponen EXTRA SEKSYEN B ini akan menambah persediaan anda. Ada 50 Soalan dan Jawapan dalam komponen ni. Jadi anda ada 100 soalan Seksyen B (komponen utama + komponen EXTRA)

UPDATE! RUJUKAN TELAH DIBUKA

Download sekarang di link ini: https://t.me/penolongpegawaitadbirn29jpa

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 | Anda terpilih untuk mengikuti Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 pada 15 Ogos 2018 ini? Tahniah! Anda telah menjumpai laman yang tepat untuk membantu anda lulus dalam peperiksaan berkenaan. Selain ada, jumlah calon dikatakan mencecah puluh ribu. Setakat artikel ini ditulis juga, sudah ribuan para calon telah mendaftar di Waiting List kami untuk jadi yang terawal mendapatkan Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 bagi tahun 2018.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Jika anda belum semak nama sama ada terpilih atau tidak, sila klik link ini:-

http://e-semakanntt.spa.gov.my/

 

 

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

 

Untuk makluman anda, kali terakhir Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29  ini dijalankan adalah pada 5 Disember 2016 iaitu 2 tahun lepas. Peperiksaan kali ini adalah antara yang ditunggu-tunggu semenjak Malaysia bertukar kerajaan baru-baru ini. Jadi macam mana nak lulus exam ini? Adakah anda yakin dapat menjawab 100% hanya dengan bergantung pada Google? Tolong ingat fakta ini; 

90% calon gagal dalam exam SPA adalah kerana faktor remeh iaitu TAK TAHU FORMAT SOALAN.

Jika anda fikir peperiksaan ini senang lulus hanya dengan menggunakan Google, maka anda tidak layak menggalas jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 ini. Jadi, pihak Tim Infokerjaya mengeluarkan Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 untuk calon yang bijak, kuat berusaha dan tidak sambil lewa. 

Ebook Percuma Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 

Ya, kami akan berikan Ebook contoh soalan ini PERCUMA untuk anda. Sila follow channel khas Telegram kami atau masukkan nama dan email di ruangan yang kami sediakan di bawah.

 

______________________________________________________________________

Download ebook contoh soalan PPTN29 Percuma

[wps_custom_form id=0]

Channel Khas Telegram ⇒ https://t.me/notakerjakerajaan

Group Whatsapp Khas ⇒ https://chat.whatsapp.com/2Jh4lWMFLau1w32GaMKDmk

______________________________________________________________________

 

 

Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 

Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Ebook contoh soalan yang kami berikan di atas tadi merangkumi 5% daripada teknik sebenar yang ingin kami kongsikan. Ianya bukan soalan bocor dan bukan soalan ramalan. Anda bakal memahami struktur format terbaru exam ini versi terkini 2018, faham bentuk soalan dan cara menjawabnya serta banyak lagi. Apa yang anda perlukan untuk lulus ada di dalam Pakej Rujukan ini. Jika anda masih berfikir panjang, ribuan calon lain sudah ‘potong barisan’ anda. Beribu-ribu calon sudah masuk ke waiting list kami. Apabila rujukan ini dilancarkan sama ada dalam 1o atau 11 Ogos nanti, mereka bakal jadi yang terawal study dan peroleh ilmu lebih cepat berbanding anda. 

Rujukan ini disusun untuk memberikan ‘booster’ kepada persediaan anda. 15 OGOS sudah tidak lama lagi. Anda perlukan sesuatu yang komprehensif dan kami di sini mahu BANTU anda!
  • Menjimatkan masa anda! Kami bantu anda dengan penyediaan Nota-Nota ringkas untuk persediaan pantas anda. Anda bakal jimat 72 JAM!
  • Jelas format 2018! Jika anda menggunakan rujukan 2016 ke bawah, anda akan mengalami kerugian besar. Format telah diubah! Kami bantu anda faham format terkini!
  • Bagaimana soalan ditanya! Kami bantu anda untuk buang gugup + ‘blur’ peperiksaan online nanti. Contoh-contoh soalan dibina untuk memberikan gambaran jelas kepada anda bagaimana soalan ditanya.

 

Ini adalah komponen utama dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

  • 190++ mukasurat
  • 90++ Nota Ringkas
  • 50++ Contoh Soalan dan Jawapan SEKSYEN A
  • 40++ Contoh Soalan dan Jawapan SEKSYEN B

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Ini juga bakal anda dapat:-

  • EXTRA SEKSYEN A. Khas untuk yang betul-betul serius tahun 2018. Ada 60 Soalan dan Jawapan diberikan. Jadi total semua soalan termasuk komponen utama adalan 110 soalan (50 + 60)
  • Ramai yang mengeluh ‘tersangkut’ pada Seksyen Penyelesaian Masalah. Komponen EXTRA SEKSYEN B ini akan menambah persediaan anda. Ada 50 Soalan dan Jawapan dalam komponen ni. Jadi anda ada 100 soalan Seksyen B (komponen utama + komponen EXTRA)

Nota penting: *Komponen extra Seksyen A dan extra Seksyen B hanya terdapat dalam pakej Platinum sahaja.

______________________________________________________________________

UPDATE! RUJUKAN TELAH DIBUKA

Download sekarang di link ini

http://jvsecurepay.com/affiliates/ppt/30

*Rujukan dibuka selama 4 hari sahaja

______________________________________________________________________

Supaya anda tidak terlepas tawaran pembukaan dari kami dan dapat jadi yang terawal mendapatkan Pakej Rujukan Exam PPTN29 ini, sila follow Channel Telegram kami. Kami akan update di situ atau masukkan nama dan email di ruangan yang disediakan di bawah.

______________________________________________________________________

Download ebook contoh soalan PPTN29 Percuma

Channel Khas Telegram ⇒ https://t.me/notakerjakerajaan

Group Whatsapp Khas ⇒ https://chat.whatsapp.com/2Jh4lWMFLau1w32GaMKDmk

______________________________________________________________________

 

[wps_custom_form id=0]