Tag Archives: suruhanjaya perkhidmatan awam

sop temuduga spa kemaskini 7 oktober 2022

SOP Temuduga SPA 3.0, Prosedur Operasi Standard 2022

SPA lancarkan info grafik Prosedur Operasi Standard SOP Temuduga SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) 3.0 untuk tahun 2022.

sop temuduga spa kemaskini 7 oktober 2022
SOP Temuduga SPA 3.0

Poster Prosedur Operasi Standard (SOP) 3.0 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk Calon Temu Duga SPA. SOP Temuduga SPA.

TANGGUNGJAWAB CALON

  • Menunjukkan sijil digital vaksinasi covid-19 kepada urus setia bagi membuktikan telah menerima vaksinasi lengkap 2 dos.
  • Memasuki pusat temuduga 30 minit sebelum masa temuduga.
  • Membawa dan memakai pelitup separuh muka/ pelindung muka sepanjang masa. (Pilihan mengikut keselesaan calon)
  • Amalkan penjarakan sosial 1.5 meter setiap masa.
  • Menjaga kebersihan dan menggunakan cecair sanitasi tangan.
  • Bagi calon orang kelainan upaya (OKU), urusan pergerakan calon akan dibantu oleh urus setia sehingga selesai sesi temuduga.

SEKIRANYA CALON

  • Belum berstatus vaksinasi lengkap
    – Sila e-melkan tangkap layar (screenshot) status vaksinasi melalui e-mel kepada urus setia untuk penjadualan Temuduga Secara Online In Situ. (TSOI)
  • Menjalani kuarantin
    – Dilarang hadir ke pusat temuduga. Sila e-mel tangkap layar (screenshot) arahan kuarantin berserta maklumat lengkap kepada urus setia sebelum tarikh temuduga untuk penjadualan semula temuduga.
  • Tidak sihat pada hari temuduga
    – Dinasihatkan agar tidak hadir dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. Sila e-melkan salinan sijil sakit berserta maklumat lengkap untuk penjadualan semula.
  • Membawa pengiring/ ahli keluarga
    – Pengiring/ ahli keluarga calon tidak dibenarkan masuk ke premis SPA/ pusat temuduga.

Sumber: Facebook Page SPA SOP Temuduga SPA

Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Temuduga

Berikut ialah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga. Panel penemuduga bakal tersinggung dengan sikap anda sekiranya anda berbuat demikian.

  1. Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.
  2. Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.
  3. Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemuduga dengan bercakap tentang perkara lain.
  4. Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.
  5. Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemuduga berasa kagum dengan anda.
  6. Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.

    Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan lagi rasa meluat orang lain terhadap anda biar pun anda merasakan tindakan tersebut bagus.

Mengawal Emosi Semasa Temuduga

Sekiranya anda dipandang rendah atau dihina, logiknya anda akan berasa marah dan naik angin. Sudah pasti! Ketika berada di bilik temuduga, anda akan ditanyakan soalan-soalan yang membuatkan anda panas hati kerana ia bakal mencabar kewibawaan anda. Ia adalah salah satu strategi panel penemuduga untuk menguji emosi anda. Adakah anda seorang yang penyabar, cepat marah, kurang sabar dan sebagainya.

Anda yang perlu anda lakukan ialah :

  1. Sedari bahawa panel penemuduga sedang menguji anda.
  2. Jawab setiap pertanyaan dengan jelas dan lantang, tidak terlalu laju atau terlalu perlahan.
  3. Ketepikan sikap ego anda, rendah diri semasa ditemuduga.
  4. Tenangkan diri sebelum menjawab soalan.
  5. Senyumlah walau pun ianya sekadar sebuah lakonan, ikhlaskan senyuman anda.
  6. Buktikan kepada panel penemuduga bahawa anda benar-benar minat dengan jawatan yang dipohon.

Anda dinasihat supaya menjawab soalan dengan tenang, ambil masa untuk berfikir sebentar dan mulai menjawab dengan perlahan-lahan. Menjawab dalam keadaan yang terburu-buru hanya akan menyebabkan anda hilang fokus dan emosi tidak dapat dikawal. Boleh jadi anda akan bertengkar dengan penemuduga nanti.

Menjaga Adab Dan Sikap Semasa Temuduga

  1. Elakkan daripada berbohong semasa temuduga.
  2. Sekiranya anda tidak tahu jawapan, elakkan daripada menipu atau mendiamkan diri sahaja. Bersikap jujur sahaja dengan memberitahu anda tidak tahu jawapannya.
  3. Bersedia untuk menceritakan penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.
  4. Jangan berbincang tentang masalah peribadi anda semasa ditemuduga. Ianya tidak berkaitan dengan panel penemuduga dan mereka tak mahu mendengarnya.
  5. Jika disoal tentang pengalaman kerjaya terdahulu, berikan keterangan dengan ringkas, padat dan tepat.
  6. Elakkan daripada memburuk-burukkan bekas majikan anda sama ada dari sektor awam atau sektor swasta yang terdahulu. Kongsikan kisah yang baik-baik sahaja.
  7. Nyatakan kelulusan dan kelayakan anda yang sebenar. Namun usah mendabik dada sekiranya kelayakan dan kelulusan anda amat tinggi.
  1. Anda wajib mengetahui sebahagian dari tugas-tugas yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
  2. Biar panel penemuduga yang menamatkan sesi temuduga.
  3. Ucapkan terima kasih kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
  4. Jangan lupa berjabat tangan dengan panel penemuduga.

Tips Menghadapi Temuduga

Untuk menghadapi temuduga, anda perlu lihat 2 perkara penting iaitu persediaan dan tingkah laku semasa temuduga.
Persediaan

  1. Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
    Sumber-sumber yang boleh membantu anda ialah :
  • Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.
  • Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.
  • Ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan.

    2. Selidik sama ada anda memiliki kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.

    3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang menghendaki pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan atau pun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini amat berfaedah sekiranya anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

    4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum sesi temuduga dimulakan. Jangan sekali-kali datang lewat.

    5. Anda pakailah pakaian yang sesuai, bersih dan kemas. Elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, memakai minyak wangi dan alat solek yang berlebihan.

    6. Kuku jari anda mestilah bersih. Rambut hendaklah pendek dan kemas. Kasut hendaklah bersih dan dikilatkan. Pilih kasut yang biasa dipakai oleh penjawat awam.

    7. Bawa bersama sijil-sijil akademik dari sekolah dan institusi pengajian tinggi, dokumen-dokumen asal dan surat akuan untuk disemak oleh penemuduga. Susun dokumen tersebut dalam fail lutsinar mengikut susunan kelayakan terendah kepada kelayakan yang tertinggi.

    8. Apabila dipanggil masuk ke bilik temuduga, ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Masuk dengan tenang dan mula bersedia untuk ditemuduga.

    9. Sediakan penama dan butiran 2 orang yang mengenali anda dan bukan terdiri dari saudara-mara anda untuk memberikan perakuan terhadap diri anda. Dapatkan keizinan dari mereka terlebih dahulu.

Tingkah Laku Semasa Temuduga

  1. Usah gentar semasa masuk ke bilik temuduga. Buat seperti biasa dan beri ucap salam pagi atau tengahari atau petang. Ini penting bagi menghilangkan rasa gemuruh dan mewujudkan suasana mesra di antara anda dan penemuduga.
  2. Jangan hulurkan tangan untuk berjabat tangan selagi penemuduga tidak bergerak terlebih dahulu.
  3. Duduk hanya apabila disuruh. Selepas anda diarahkan untuk berbuat demikian, ucapkan terima kasih dan duduk dengan postur yang baik dan badan yang tegak.
  4. Elakkan daripada meletak barang-barang atau tangan atau siku anda pada meja penemuduga.
  5. Biarkan kedudukan kerusi yang disediakan, usah alihkannya.
  6. Pastikan kaki anda berada dalam keadaan statik. Jangan goyangkannya atau menggerakkannya ke sana sini.
  7. Tunggu penemuduga memulakan sesi temuduga, jangan anda yang memulakan.
  8. Bertenang dan jawab soalan-soalan yang diajukan tanpa gopoh-gapah. Jawab dengan jelas dan mudah didengar. Gunakan bahasa yang sopan ketika menjawab.
  9. Bercakap sambil memandang ke wajah penemuduga. Jika lebih dari seorang, arahkan jawapan-jawapan anda kepada ketua panel.
  10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada panel penemuduga sebagai tanda hormat.
  11. Ketika mereka bercakap, jangan sesekali menyampuk dan bertengkar dengan mereka.
  12. Jangan mengunyah apa-apa semasa sesi temuduga sedang berjalan.

Kaedah Penilaian Temuduga

Berikut ialah kadar penilaian yang diberikan semasa temuduga iaitu:

  • Amat baik
  • Baik
  • Sederhana
  • Lemah
  • Catitan

Paras rupa fizikal
Penampilan diri anda dari segi pakaian, paras rupa dan kekemasan diri.

Tingkah laku
Perlakuan am, pengawalan emosi, kejujuran, kesopanan, gaya dan ketenangan.

Kemahiran bertutur
Tenang, mudah difahami, kelancaran penyampaian, perbendaharaan kata dan pemilihan perkataan dan penyampaian yang jelas.

Keyakinan
Keyakinan diri, kematangan sikap dan pendapat, ketabahan dan kepastian.

Kewibawaan
Personaliti yang tegas lagi bertenaga, keupayaan untuk meyakinkan dan mempertahankan hujah.

Motivasi
Desakan atau kesungguhan, penyertaan dalam perbualan atau perbincangan dan tidak mudah mengalah.

Pembawaan
Kemesraan dan kemampuan bergaul, perangai, berfikiran luas dan kawalan emosi.

Kecerdasan
Keupayaan analitikal, kecekapan menjawab, mentaakul, membina dan berfikiran logik.

Pengetahuan
Berhubung dengan kelayakan dan pengalaman, isu semasa, isu-isu hangat masa kini.

Kesimpulan SOP Temuduga SPA

Untuk menghadiri temuduga kerja kerajaan, anda perlu memastikan bahawa persediaan dilakukan dengan secukupnya.

Perlu diingat, sebaik sahaja anda melangkah masuk ke temuduga kerja kerajaan ini, ramai lagi calon-calon lain yang tidak terpilih. Jadi anda haruslah bersyukur dan membuat persediaan yang rapi untuk terus masuk ke dalam sektor awam ini.

Maklumat Tambahan

Anda boleh terus dapatkan pakej rujukan yang telah banyak membantu calon-calon temuduga memasuki kerja kerajaan sejak tahun 2009 sehingga kini tahun 2022. Gunakan pengalaman kami selama 13 tahun bantu calon temuduga spa melalui rujukan. Terus dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di laman di bawah ini:

Rahsia Temuduga Kerajaan
Permohonan Pegawai Veterinar GV41

Permohonan Pegawai Veterinar GV41, Pendaftaran Sijil Profesional di SPA9

SPA menghebahkan poster untuk Pendaftaran Sijil Profesional untuk permohonan Pegawai Veterinar GV41 di SPA9 pada tahun 2022. Calon yang berkelayakan, mohon ambil maklum cara permohonan.

Permohonan Pegawai Veterinar GV41
Poster 1 (Sumber SPA)

HEBAHAN POSTER PENDAFTARAN SIJIL PROFESIONAL BAGI PERMOHONAN PEGAWAI VETERINAR GV41

Pastikan anda yang memohon jawatan Pegawai Veterinar Gred GV41 mendaftar Sijil Profesional dalam SPA9 mengikut pilihan nama sijil profesional/ikhtisas yang tepat. Rujuk poster berikut untuk makluman lanjut.

1) Poster Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41 Untuk Lantikan Baharu (Lantikan Terus); dan

2) Poster Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41 Untuk Pegawai Yang Sedang Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar.

pendaftaran sijil profesional pegawai vaterinar gv41
Poster 2 (Sumber SPA)

Sumber: Facebook Page SPA

**Permohonan hendaklah melalui sistem pendaftaran pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)

LANTIKAN BAHARU (LANTIKAN TERUS)

Kelayakan Akademik berdasarkan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 (PP 1/2016)

(i) Memiliki Ijazah Doktor Perubatan Vaterinar atau ijazah dalam ilmu perubatan vaterinar atau sains vaterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

(ii) berdaftar di bawah Seksyen 12[1] Akta Doktor Vaterinar 1974 (Akta 147) selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Jadual Kedua Bahagian 1.

Pastikan pemohon MENDAFRAR SIJIL PROFESIONAL dalam SPA9. Pilihan NAMA SIJIL PROFESIONAL/ IKHTISAS:

DAFTAR SEKSYEN 12 (1) AKTA DOKTOR VATERINAR 1974 (AKTA 174) (KELAYAKAN DI JADUAL KEDUA BAHAGIAN 1)

(Rujuk Poster 1)

PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI VATERINAR

Memiliki Kelayakan Akademik A atau B berdasarkan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 (PP 1/2016)

KELAYAKAN AKADEMIK 1
Memiliki Ijazah Doktor Perubatan Vaterinar atau ijazah dalam ilmu perubatan vaterinar atau sains vaterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU

berdaftar di bawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Vaterinar 1974 (Akta 147) selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Jadual Kedua Bahagian 1.

Pastikan pemohon MEMILIH SIJIL PROFESIONAL/ IKHTISAS dalam SPA9 seperti di bawah:

DAFTAR SEKSYEN 12(1) AKTRA DOKTOR VATERINAR 1974 (AKTA 174) (KELAYAKAN DI JADUAL KEDUA BAHAGIAN 1)


ATAU


KELAYAKAN AKADEMIK B
Mempunyai kelayakan yang disenaraikan di bawah Jadual II Bahagian II Akta Doktor Vaterinar 1974 (Akta 147) yang diiktiraf setaraf dengan ijazah am oleh Kerajaan dan lulus Peperiksaan Khas anjuran Jabatan Perkhidmatan Vaterinar, Universiti Putra Malaysia dan Majlis Vaterinar Malaysia

Pastikan pemohon MEMILIH SIJIL PROFESIONAL/ IKHTISAS dalam SPA9 seperti di bawah:

DAFTAR AKTA DOKTOR VATERINAR 1974 (AKTA 174) (KELAYAKAN DI JADUAL KEDUA BAHAGIAN II)

(Rujuk Poster 2)

Tips Hadiri Temuduga SPA

Tips Hadiri Temuduga SPA – Info Khas Dari SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kongsi info graphic tips hadiri temuduga spa.

Tips Hadiri Temuduga SPA
tips hadiri temuduga spa

INFO SPA:

TIPS MENGHADIRI TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Ini tips-tips yang dikongsikan SPA melalu info graphic:

SEBELUM

  • Pastikan semua DOKUMEN yang diperlukan LENGKAP & DISUSUN
  • Pastikan ETIKA PAKAIAN DIPATUHI
  • Membaca dengan TELITI SURAT PANGGILAN TEMU DUGA
  • SARAPAN PAGI sebelum hadir ke Pusat Temu Duga
  • Menyemak STATUS RISIKO (COVID-19) MySejahtera

SEMASA

  • Hadir 10-15 MINIT LEBIH AWAL ke Pusat Temu Duga SEBELUM MASA YANG DITETAPKAN
  • Memakai PELITUP SEPARUH MUKA & PELINDUNG MUKA
  • MENDAFTAR di KAUNTER PENDAFTARAN
  • DUDUK dengan tenang dan tunggu sehingga GILIRAN DIPANGGIL
  • Maklumkan kepada Pentadbir sekiranya anda;

    MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN/ MENJALANI RAWATAN/ PEMBEDAHAN
    MENGANDUNG
    BERASA GELISAH YANG KETERLALUAN

Sumber: Facebook Page Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Tips Tambahan Dari Admin PtdExam.com

Menjaga adab dan sikap semasa temuduga

  1. Elakkan daripada berbohong semasa temuduga.
  2. Sekiranya anda tidak tahu jawapan, elakkan daripada menipu atau mendiamkan diri sahaja. Bersikap jujur sahaja dengan memberitahu anda tidak tahu jawapannya.
  3. Bersedia untuk menceritakan penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.
  4. Jangan berbincang tentang masalah peribadi anda semasa ditemuduga. Ianya tidak berkaitan dengan panel penemuduga dan mereka tak mahu mendengarnya.
  5. Jika disoal tentang pengalaman kerjaya terdahulu, berikan keterangan dengan ringkas, padat dan tepat.
  6. Elakkan daripada memburuk-burukkan bekas majikan anda sama ada dari sektor awam atau sektor swasta yang terdahulu. Kongsikan kisah yang baik-baik sahaja.
  7. Nyatakan kelulusan dan kelayakan anda yang sebenar. Namun usah mendabik dada sekiranya kelayakan dan kelulusan anda amat tinggi.
  8. Anda wajib mengetahui sebahagian dari tugas-tugas yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
  9. Biar panel penemuduga yang menamatkan sesi temuduga.
  10. Ucapkan terima kasih kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
  11. Jangan lupa berjabat tangan dengan panel penemuduga.

Jika anda hadiri temuduga untuk Gred 11 atau 19. Baca Checklist Dokumen ini.

Rujukan Ebook Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2019: Lebih banyak contoh soalan!

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik | Anda berada di tempat yang betul! Anda bakal mengenepikan RIBUAN CALON yang lain yang tidak menemui laman web ini. TAHNIAH!

Bagaimana Rujukan ini bantu calon ptd?

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Ini yang bakal anda dapat untuk bantu persediaan exam PTD MEI ini;

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
(open image in new tab jika ingin besarkan gambar)

Orang Kata SUSAH Nak Lulus. Boleh ke saya lulus?

Mesti anda dah pernah dengar ramai yang GAGAL kali pertama ambil. Memang majoriti akan gagal kebiasaannya. Lagi-lagi calon yang ambil exam tanpa buat persediaan. Acah-acah confident, memang besar kemungkinan gagal lah. Adoi.

Tapi tak mustahil untuk anda LULUS kali ini biarpun ni kali pertama anda ambil exam online tapisan SPA ini.

Lihat apa kata calon-calon exam ptd 2017 dan 2016 yang dah LULUS setelah dapat bantuan rujukan dari kami

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Baru pertama kali exam dah LULUS! Tengok lagi di bawah:

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Tim Infokerjaya dah bantu berpuluh ribu calon ptd sejak
dari tahun 2009 lagi.

Kami tahu apa skop exam, kami tahu apa yang patut anda study..

…dan kami tak main-main nak bantu calon-calon ptd!

Senarai Pakej Rujukan PTD 2019

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Ini penerangan secara ringkas pakej yang ada:

Pakej Basic = Rujukan utama (nota + contoh soalan + nota matematik)

Pakej Super = Pakej basic + Template resume

Pakej Gold= (Pakej basic + Pakej super) + rujukan resume + rujukan temuduga ptd + pakaian temuduga

Pakej Platinum = (Pakej basic + Pakej super + Pakej gold) + Extra contoh soalan seksyen A

Pakej Diamond: ( Pakej basic + Pakej super + Pakej gold + Pakej platinum) + extra contoh soalan seksyen b dan c

Extra Contoh Soalan Seksyen A, Seksyen B dan Seksyen C

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
Komponen umpama LATIH TUBI untuk anda. Mengandungi 90 Soalan tambahan khas Seksyen A. Disediakan juga untuk rujukan tambahan anda nota berbentuk ‘mind map’.
Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Untuk persediaan tambahan Seksyen B anda. 70 Soalan beserta jalan kira untuk memudahkan anda. Dibekalkan Nota Matematik dan helaian formula untuk memudahkan anda.
Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Seksyen C merupakan format baru tahun 2019. EXTRA Seksyen C ini memberikan anda lebih soalan untuk faham dan tahu bagaimana pecahan penilaian seksyen ini.

Kesemua Extra Soalan ini anda boleh dapat di pakej diamond. Pakej platinum hanya ada extra soalan seksyen A sahaja.

Jika anda ingin terus menempah, klik kotak di bawah untuk ke laman tempahan

Contoh Soalan Exam PTD Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2019

Contoh Soalan Exam PTD | Tahniah kepada semua calon yang terpilih ke exam ptd pada 16 Mei 2019 ini. Difahamkan peperiksaan kali ini mempunyai 3 seksyen iaitu seksyen A, seksyen B dan seksyen C.

Contoh Soalan Exam PTD
Contoh Soalan Exam PTD

Peperiksaan Khas ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat Peperiksaan Khas ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Kelulusan Peperiksaan Khas ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Di bawah merupakan beberapa contoh soalan untuk seksyen A, seksyen B dan seksyen C

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkaraperkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkaraperkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia / infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lainlain perkembangan.

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh Soalan Exam PTD

[wps_custom_form id=0]

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Dalam seksyen B ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan

(i) kemahiran logik

(ii) kemahiran menginterpretasi data

(iii) konsep-konsep matematik

(i) Kemahiran Logik Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Exam PTD
Contoh Soalan Exam PTD
Contoh Soalan Exam PTD

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Jawapan: 1 (D) , 2 (C)

RUJUKAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41 VERSI 2019

Rujukan Peperiksaan PTD M41 dikeluarkan oleh Tim infokerjaya adalah satu-satunya rujukan terkini paling ‘up to date‘ di Malaysia. Dan ianya khas dibuat untuk sesi exam ptd 16 Mei 2019

Rujukan Peperiksaan PTD M41 2019
Rujukan Peperiksaan PTD M41 2019

Rujukan Exam Online PTD M41 3 November 2017

Seperti mana yang semua calon ketahui pada 3 November 2017 ini akan diadakan exam Exam Online PTD M41 secara online. Kami tahu bahawasanya calon-calon juga tahu yang nak lulus exam seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah.

[wps_custom_form id=0]

Anda perlu melakukan banyak persediaan dan ulangkaji. Kalau ada di antara calon-calon ini yang acuh tak acuh dalam persediaan exam, nasihat kami lupakan saja.

Kami nak bantu calon yang betul-betul ikhlas berusaha sahaja. Di saat ini, hanya tinggal lebih kurang 2 minggu untuk calon memperkuatkan persiapan. Jangan over confident kata awal lagi. Nanti dah last minute baru nak menggagau cari nota. Haip rotan nanti Macam mana nak jadi PTD ni? 😀 . Kami akan bantu anda dan beri bahan rujukan yang akan MENJIMATKAN 72 JAM masa anda study.

Nak tahu macam mana nak dapat bahan rujukan sah ini tolong baca sampai habis artikel ini.

ANDA SEDANG BERSAING DENGAN 50,000 RIBU CALON EXAM! TAKKAN NAK TENGOK SAJA?

*Mengikut rekod lepas lebih kurang 30,000 calon bersaing tempat. Kalau anda tak ikut tips yang kami beri, peratusan untuk anda gagal tu sangat besar. Kami memang confident. Sebab kami dah bantu berpuluh ribu calon exam kerja kerajaan lulus dalam exam mereka. 

Nak mudah, join channel khas Telegram kami untuk jimatkan masa dan download contoh soalan berserta preview copy PERCUMA. Cepat anda dapat info! Klik link di bawah untuk join.

=> https://bantuankerjaya.com/rujukanptdm41/ <=

Update terkini

Rujukan dah keluar! Sila download di link di bawah

==> https://bantuankerjaya.com/rujukanptdm41/ <==

Rujukan Exam Online PTD M41 3 November 2017

Rujukan Exam Online PTD M41 3 November 2017

Di sini kami ada beberapa soalan untuk anda jawab dengan jujur supaya anda sendiri dapat mengukur tahap persediaan anda di saat ini.

  • Buku apa yang anda baca?
  • Berapa buah buku yang anda baca?
  • Adakah anda mengetahui format exam yang anda akan duduki ini?
  • Adakah anda tahu bagaimana bentuk soalannya?
  • Berapa peratus anda yakin info yang anda study dalam buku-buku tadi akan masuk dalam soalan exam?
  • Oh ya, buku-buku yang anda baca buat bahan study ni versi tahun bila?

Tahukah anda? 90% calon exam seperti ini GAGAL bukan sebab mereka tak study tapi adalah kerana faktor remeh ini:-

–>> TAK TAHU FORMAT SOALAN!

Itu faktor utama. Selain dari itu kami kongsi faktor-faktor lain yang membuatkan calon exam gagal:-

  • Mentaliti yang negatif -> “jawapan boleh Google” (padahal sebenarnya tidak)
  • Buat group jawab soalan sama-sama dengan kawan-kawan akhirnya konfius dan jawab salah.
  • Baca terlalu banyak buku sampai terima terlalu banyak input tapi akhirnya dalam exam lupa dan apa yang dibaca tak masuk.
  • Terkejut tengok bentuk soalan. hehe.
  • Baca terlalu banyak buku sampai terima terlalu banyak input tapi akhirnya dalam exam lupa dan apa yang dibaca tak masuk.

Dan banyak lagi….

Ok, tinggal beberapa hari lagi untuk study. Macam kami kata tadi sempat tapi dengan cara yang betul. Jadi mahu tak kami bantu anda dari segi persediaan dengan memberikan anda satu bahan rujukan yang lengkap, ringkas tapi padat, yang bakal menjimatkan 72 jam masa anda study penuh dengan nota ringkas, penerangan format soalan dan contoh soalan? Apa yang gempak adalah bahan rujukan sebeginilah yang telah membantu lebih 80,000 calon exam kerja kerajaan LULUS sejak tahun 2009 lagi. 

Nak?

Ini yang anda perlukan

RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

::VERSI KEMASKINI NOVEMBER 2017::

Rujukan dah keluar! Sila download di link di bawah

==> https://bantuankerjaya.com/rujukanptdm41/ <==

Atau kalau nak mudah, join channel khas Telegram kami untuk jimatkan masa. Cepat anda dapat info! Klik link di bawah untuk join.

=> HTTPS://T.ME/RUJUKANEXAMLHDN <=

Kita tak mahu buang masa. Apa yang ada pada Rujukan Exam Online PTD M41 ini?

  • Menjimatkan masa anda! Kami bantu anda dengan penyediaan Nota-Nota ringkas untuk persediaan pantas anda. Anda bakal jimat 72 JAM!
  • Jelas format 2017! Jika anda menggunakan rujukan 2013 – 2016, anda akan mengalami kerugian besar. Format telah diubah! Kami bantu anda faham format terkini!
  • Bagaimana soalan ditanya! Kami bantu anda untuk buang gugup + ‘blur’ peperiksaan online nanti. Contoh-contoh soalan dibina untuk memberikan gambaran jelas kepada anda bagaiman soalan ditanya.

Exam Online PTD

75++ Nota Ringkas

Kalau anda nak studi sendiri semua memang berterabur lah. Jadi kami susunkan untuk anda NOTA RINGKAS berkaitan pentadbiran negeri-negara, dasar-dasar penting, perundangan, ekonomi dan banyak lagi! Anda perlu tahu sebagai senjata persediaan peperiksaan anda!

 
 

50++ Contoh Soalan Seksyen A

Ini bukan soalan ramalan tetapi soalan yang bakal membuatkan anda lebih yakin untuk sesi peperiksaan nanti. Ianya dibina khas untuk memudahkan anda ulangkaji. Soalan melibatkan pengetahuan am termasuk berkaitan Pegawai Tadbir.

 

40++ Contoh Soalan Seksyen B

Seksyen B ni mencabar sikit sebab anda perlu fikir dan kira. Ada soalan terus matematik mudah, ada soalan matematik aplikasi dan ada juga soalan berbentuk penyelesaian masalah. Macam soalan IQ lebih kurang. Jadi bahagian ini akan jadi seperti latihan intensif untuk anda!
 
  

Huraian Format Terkini 2017!

Percaya pada kami, faktor utama kegagalan calon adalah kerana tidak tahu format soalan. Anda akan tahu format terkini 2017 yang berbeza dengan 2013-2016. Format terkini seakan tahun 2012 tapi ada beberapa komponen dibuang. Kami tahu!

 

Pecahan Seksyen

Tahukah anda dalam setiap ‘Seksyen’ terdapat pecahan tambahan yang bakal merungsingkan anda? Tak perlu risau, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana ‘pecahan dalam pecahan’ tersebut!

Nota Ringkas Matematik

Kita bantu anda untuk refresh semula ilmu Matematik anda. Diberikan tajuk-tajuk yang biasanya ditanya dalam peperiksaan sejak tahun 2009 – 2017. Kita dah simpulkan untuk anda. Jadi anda hanya perlu studi tajuk yang biasa ditanya sahaja!

 
Contoh soalan yang biasa ditanya dalam exam online 

Ini bukan soalan ramalan atau soalan sebenar. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk berikan anda gambaran bagaimana soalan dibentuk dan disoal. Eh tahun ini tiada contoh soalan oleh pihak SPA kan?

 

Lihat apa kata calon yang sangat gembira dapat jawab exam Pegawai Eksekutif LHDN baru-baru ini dengan bahan rujukan yang kami beri.

Nak fikir dulu? Kalau macam tu kami rasa anda lupakan je lah jawatan PTD 41  ni. Sebabnya di ketika ini dalam inbox kami tak henti-henti para calon tanya macam mana nak dapatkan bahan rujukan siap booking lagi. Masa anda tengah fikir tu laju je calon lain study lalu lulus dan tinggalkan anda ke belakang macam calon-calon yang dah BERJAYA dalam Exam Online PTD M41 lepas macam kat bawah ni:-
lulus1

Rujukan Exam Pegawai Eksekutif 41 LHDNM 20 September 2017Rujukan Exam Pegawai Eksekutif 41 LHDNM 20 September 2017

compile3
Jangan lambat-lambat. Takut jadi macam calon kat bawah ni. Nangis nanti.
p/s: Tahniah kerana anda jumpa website kami. Bayangkan calon yang tiada rezeki jumpa website kami? Anda bertuah ok! Jangan lepaskan peluang yang datang!
 
 
 
 
 

**DISCLAIMER**

PTDEXAM.COM/BLOG tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Apa yang PTDEXAM.COM/BLOG sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan. 

Contoh soalan PTD Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

Contoh soalan PTD Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

Contoh soalan PTD Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah | Seperti yang dijanjikan dalam artikel kami yang lepas, di sini kami akan berkongsi kepada calon-calon exam PTD 2019 semua contoh soalan Seksyen B Daya menyelesaikan masalah. Pada artikel yang lepas, kami telah kongsikan Contoh soalan Seksyen A Pengetahuan Am. Jika anda nak review balik contoh soalan seksyen A tu boleh klik link di bawah untuk pautan ke sana ye.

Baca artikel sebelumnya:- Contoh soalan PTD Seksyen A Pengetahuan am

Kita recap sikit apa yang kami dah kongsikan dalam artikel lepas. Memandang exam PTD tak lama saja lagi, anda hanya ada beberapa hari saja lagi untuk membuat persediaan, kami akan terangkan secara ringkas dan cepat. Anda tak akan rugi membaca artikel ini kerana di akhir bacaan anda nanti, anda akan sedar bahawa kami akan tunjukkan bagaimana kami JIMATKAN MASA anda study. 
Tahukah anda, 90% calon exam lepas GAGAL exam PTD ni sebab tak tahu format soalan, ego dan over-confident?
Kalau nak lulus anda harus ada ini:-
  • Tahu format exam
  • Tahu contoh soalan 
  • Tahu cara mencari jawapan
  • Tahu bentuk soalan
  • Tahu pembahagian seksyen dalam exam
  • Tahu bagaimanakah jenis soalan yang akan ditanya
  • Tahu bagaimana cara permakahan dikira
  • Tahu peraturan penting sebelum, semasa dan selepas exam

Contoh soalan PTD Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

Contoh soalan PTD Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

Disclaimer: Contoh soalan yang kami tunjukkan hanyalah contoh soalan sahaja. Ia bertujuan untuk memberikan sedikit gambaran kepada calon bagaimana rupa soalan dibentuk. Ianya bukan soalan ramalan, bukan soalan exam sesi lepas dan bukan soalan bocor. Jika soalan seperti itu yang anda cari maaf ianya tiada di sini.

Soalan Seksyen B Daya menyelesaikan masalah adalah bersifat applied question. Nak tak nak anda kena minat matematik untuk menjawab soalan ini.

CONTOH SOALAN EXAM PTD SEKSYEN B DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

1 – Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

a) 40 biji

b) 60 biji

c)70 biji

d) 80 biji

Contoh soalan PTD Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

2 – Rajah di bawah menunjukkan jualan 2 jenis motosikal. Berapakah peratus jualan bulan april bagi motosikal jenis Z berbanding dengan jumlah jualan kedua-dua jenis motosikal bagi 4 bulan berkenaan

Contoh soalan PTD Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

3 – Dalam sebuah Jabatan yang mempunyai 1500 orang pekerja, 12 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu setiap hari ialah

Contoh soalan PTD Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

4 – Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancongan tempatan dan luar Negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac. Pada bulan April, bilangan pelancong luar Negara telah meningkat sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan ialah 2/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

Contoh soalan PTD Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

Contoh soalan PTD Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

5 – Dalam satu perlumbaan jalan kaki, Lim berada 15m di depan Chong. Chong melangkah 1m setiap kali kaki Lim melangkah 0.8m. Berapa kali langkahan perlu dibuat oleh Chong bagi menyamai Lim ?

Contoh soalan PTD Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

6 – Syarikat LMW Sdn. Bhd. telah membeli peralatan pada bulan Januari 2005 dengan kos berjumlah sebanyak RM 40,000.00. Peralatan ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM 10,000.00 dengan tempoh usia guna selama 5 tahun. Berdasarkan kaedah susut nilai garis lurus, berapakah nilai susut nilai tahunan peralatan berkenaan ?

Contoh soalan PTD Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

*Jawapan soalan 7 dan 8 berada di bawah soalan 8.

7 – Manakah yang BUKAN kumpulan dalam siri di bawah?

Contoh soalan PTD Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

8 – Sebuah motosikal dengan kos RM 8,000.00 telah dibeli pada 1 Januari 2002. Aset ini disusutnilaikan pada 20 % setahun mengikut kaedah ansuran tetap dan ditakrifkan berharga RM 6,600.00 pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010  . Kirakan belanja susut nilai untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

a) RM 175.00

b) RM 260.00

c) RM 240.00

d) RM 120.00

Contoh soalan PTD Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

Nak lagi? Cedok dekat telegram ni: https://t.me/ptdgredm41/3

Apa yang ada pada Rujukan Exam PTD Tim Infokerjaya ni sampai calon berpusu-pusu nak beli?

Apa yang ada pada Rujukan Exam PTD Tim Infokerjaya ni sampai calon berpusu-pusu nak beli?

Mahukan info pantas? Nak nota rujukan jimat 72 jam masa study, contoh soalan dan jawapan, format terkini Nov 2017 dan penerangan setiap seksyen terus ke hp anda?

Join Channel Khas Telegram Rujukan PTD kami sekarang =>

https://t.me/tipslulusptd

Seiring dengan berlangsungnya peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada 23 November ini, Tim Infokerjaya telah menerbitkan kembali rujukan exam PTD. Rujukan ini sememangnya menjadi bualan dan rebutan calo-calon exam PTD sejak sebelum ianya dibuka jualan lagi. Kenapa? Apa yang ada pada rujukan exam PTD Tim Infokerjaya ini sehingga ramai calon berpusu-pusu nak beli? Baru dengar makluman, jualan belum pun dibuka tapi kami tak menang tangan reply email?

Ini kerana, sejak tahun 2009 lagi, Tim Infokerjaya menerusi ebook-ebook panduan rujukan peperiksaannya telah membantu puluhan ribu calon dalam exam SPA. Alhamdulillah ramai sangatttt yang dah berjaya lulus. Ok, untuk exam PTD 12 November ini pula, Rujukan Exam PTD telah pun dibuka jualannya pada 12 November lepas, dan cuba teka berapa calon yang dah dapatkan rujukan itu? Mereka sudah beribu langkah jauh dari anda? Anda nak juga jadi PTD kan? Ikut langkah mereka!

Apa yang ada pada Rujukan Exam PTD Tim Infokerjaya ni sampai calon berpusu-pusu nak beli?

Apa yang ada pada Rujukan Exam PTD Tim Infokerjaya ni sampai calon berpusu-pusu nak beli?

Apa yang ada pada Rujukan Exam PTD Tim Infokerjaya ni sampai calon berpusu-pusu nak beli?

Bukan cakap kosong, tengok je lah berapa ramai calon yang dah berjaya kat bawah ni. Takkan anda nak tengok saja kan?

Apa yang ada pada Rujukan Exam PTD Tim Infokerjaya ni sampai calon berpusu-pusu nak beli?

Apa yang ada pada Rujukan Exam PTD Tim Infokerjaya ni sampai calon berpusu-pusu nak beli?

Apa yang ada pada Rujukan Exam PTD Tim Infokerjaya ni sampai calon berpusu-pusu nak beli?

Apa yang ada pada Rujukan Exam PTD Tim Infokerjaya ni sampai calon berpusu-pusu nak beli?

===========================================================================

Download sekarang!

Terus ke laman ini => https://bantuankerjaya.com/rujukanptdm41/

===========================================================================

Apa yang best sangat rujukan exam PTD ni? Baca buku je tak boleh ke? Anda tahu, antara faktor utama yang menjadikan rujukan ini rebutan para calon exam PTD adalah, kami menJIMATKAN MASA anda mengulangkaji. Anda nak jadi PTD, mesti tahu kan yang exam ni memang susah? Tapi susah tak bermakna tak boleh. Cuma kadang-kala calon:-

  • tak tahu mana nak mulakan  dari mana
  • tak tahu nak baca apa
  • tak tahu nak fokuskan topik apa
  • tak mahu mana nak cari nota
  • blur langsung takde idea nak cari bahan
  • tension sebab exam dah dekat tapi tak habis study lagi

Jadi, itu yang kami bantu. JIMATkan MASA anda study. Rujukan exam PTD ini dirumus khas berdasarkan pengalaman dari calon-calon yang lepas.. Setiap kali exam PTD dijadualkan berlangsung, setiap kali itu, Tim Infokerjaya akan publish rujukan PTD ini, malah sentiasa diupdate dengan nota-nota terkini. Anda nak baca buku bila dah last minute? Boleh je, kalau sempatlah habiskan buku yang beratus-ratus muka surat tu, tu baru satu buku, exam PTD takkan nak baca satu buku saja? Nak lulus exam, nak jadi PTD kena sentiasa berfikiran luas adik2..Kalau anda habis baca semua buku tu, bagus. Rujukan ini bakal jadi booster untuk anda mantapkan persediaan.

Okeylah, tak nak mengomel lagi, ini sebabnya kenapa calon-calon exam PTD berpusu-pusu mendapatkan rujukan ini:-

  • Menjimatkan masa anda! Kami bantu anda dengan penyediaan Nota-Nota ringkas untuk persediaan pantas anda. Anda bakal jimat 72 JAM!
  • Jelas format 2016! Jika anda menggunakan rujukan 2014 ke bawah, anda akan mengalami kerugian besar. Format telah diubah! Kami bantu anda faham format terkini!
  • Bagaimana soalan ditanya! Kami bantu anda untuk buang gugup + ‘blur’ peperiksaan online nanti. Contoh-contoh soalan dibina untuk memberikan gambaran jelas kepada anda bagaiman soalan ditanya.

Apa lagi yang ada?

  • Lebih 60++ Soalan Seksyen A

    Ini bukan soalan ramalan tetapi soalan yang bakal membuatkan anda lebih yakin untukj sesi peperiksaan nanti. Ianya dibina khas untuk memudahkan anda ulangkaji

  • 70++ Nota Ringkas

    TAJUK NOTA RINGKAS berkaitan pentadbiran negeri-negara, dasar-dasar penting, perundangan, ekonomi dan banyak lagi untuk anda sebagai bakal PTD perlu tahu sebagai senjata persediaan peperiksaan anda!

  • Pecahan setiap Seksyen

    Tahukah anda dalam setiap ‘Seksyen’ terdapat pecahan tambahan yang bakal merungsingkan anda? Tak perlu risau, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana ‘pecahan dalam pecahan’ tersebut!

  • Huraian Format 2016

    Percaya pada kami, faktor utama kegagalan calon adalah kerana tidak tahu format soalan. Anda akan tahu format terkini 2016 yang berbeza dengan 2014 & 2013

  • Lebih 40++ Soalan Seksyen B

    Bukan soalan sebenar tetapi soalan yang dibina untuk memberikan keyakinan semasa peperiksaan 23 NOVEMBER ini. Soalan-soalan Matematik diberikan jalan kerja!

  • Nota Khas GTP & GST

    Antara isu-isu HOT yang anda kena tahu berkaitan plan transformasi kerajaan. FAKTA PENTING, soalan peperiksaan memasuki perkhidmatan Awam 2013 yang lepas, isu GTP menjadi soalan dalam ‘Seksyen A’? Untuk tahun ini mungkin GST menjadi pilihan soalan SPA?

“Alah, saya dah dapat download yang free punya kat FB & telegram”

Dik, yang awak download tu tahun berapa punya. Yang kami nak bagi ni versi November 2016 ye.. Tak sama 100%. Setiap contoh soalan, nota2 tak sama langsung!. Nak jadi yang mana, yang kedepan ke yang ke belakang? Nak jadi PTD macam mana ni adik oi semua benda nak free disuapkan. Hehe. Jangan marah ye kita gurau2 sikit”

“Saya tak percaya ebook-ebook ni semua membohong je, bila dah beli jadi sampah”

Amboi, jangan sebab 1,2 penjual yang penipu gitu anda dah cop semuanya sama. Lagi-lagi dengan Tim Infokerjaya. Bukan calang-calang ye Tim Infokerjaya ni, Google je, dah keluar semua testimoni yang berlambak dari calon-calon exam yang lepas. Kalau tak takkan kami bertahan sejak tahun 2009 sampai sekarang. Beli dulu baru tahu. Kata nak jadi PTD, fikiran tu terbuka luas sikit. Jangan asyik nak negatif je. 😀

Jadi, cepat download rujukan exam PTD kat link di bawah ni:-

===========================================================================

Download sekarang!

Terus ke laman ini => https://bantuankerjaya.com/rujukanptdm41/

===========================================================================

Eh, kejap ada lagi :D. Jika anda membeli di link kami. Link yang kat atas ni. Anda akan dapat 5 LAGI BONUS

5 bonus apa? Tengok kat sini —–> Nak beli rujukan PTD dari Tim Infokerjaya? Wajib baca ini dahulu!

Ingat ya, beli dengan link kami je baru dapat 5 bonus tu. Kalau beli kat link lain, maaflah hehe.

***Rujukan ini dibuka hanya dari 12 November 2016 hingga 21 November 2016 sahaja.***

Sila bertindak cepat sebelum tawaran ditutup.

Satu lagi, tawaran ditutup pada 12 malam 21 November ini. Sekali ianya ditutup, takkan dibuka lagi walau beribu sesalan dan rayuan dari calon sekalipun. Bukan tak pernah jadi, banyak kali. Jadi jangan berlengah. Download cepat-cepat, lepas tu study sehabis baik. Kami bantu anda tunjukkan teknik yang betul, tinggal anda hanya perlu usaha study. Ok? 😀

Disclaimer: Contoh soalan di dalam Rujukan exam PTD hanyalah contoh sahaja. Ia bertujuan untuk memberikan sedikit gambaran kepada calon bagaimana rupa soalan dibentuk. Ianya bukan soalan ramalan, bukan soalan exam sesi lepas dan bukan soalan bocor. Jika soalan seperti itu yang anda cari maaf ianya tiada di sini.

Contoh soalan PTD Seksyen A Pengetahuan am

Contoh soalan PTD Seksyen A Pengetahuan am

Contoh soalan PTD Seksyen A Pengetahuan am | 16 Mei 2019 ini bakal berlangsungnya peperiksaan online PegawaI Tadbir dan Diplomatik M41 serentak di seluruh negara. Khabarnya, jumlah calon yang dipanggil untuk menduduki exam PTD kali ini sangat ramai. Jika anda yang sedang membaca artikel ini adalah salah seorang dari calon yang terpilih, tahniah kami ucapkan. Sila baca artikel ini hingga habis kerana kami akan bantu anda menjimatkan masa membuat rujukan. 

Tahukah anda, 90% calon gagal dalam exam PTD hanya kerana faktor remeh iaitu tidak tahu format soalan? Seperti mana yang kita tahu untuk bergelar seorang Pegawai Tadbir Diplomatik bukanlah mudah. Exam online nanti hanyalah sebagai step pertama anda sebagai seorang calon. Namun begitu, step pertama inilah yang penting untuk anda fokus sebagai langkah permulaan bergelar seorang PTD. 

Untuk lulus exam online PTD, calon harus:-

  • Tahu format exam
  • Tahu contoh soalan 
  • Tahu cara mencari jawapan
  • Tahu bentuk soalan
  • Tahu pembahagian seksyen dalam exam
  • Tahu bagaimanakah jenis soalan yang akan ditanya
  • Tahu bagaimana cara permakahan dikira
  • Tahu peraturan penting sebelum, semasa dan selepas exam

Contoh soalan PTD Seksyen A Pengetahuan am

Contoh soalan PTD Seksyen A Pengetahuan am

Jika anda blur, terutamanya jika anda adalah calon kali pertama exam online PTD ini jangan risau kami akan bantu anda dari segi persediaan. Ketahuilah bahawa bantuan yang berupa rujukan peperiksaan kami ini akan menjimatkan banyak masa anda mengulangkaji malah memberi gambaran kepada anda bagaimana exam online ini dibentuk. Blila dah tahu, insyaallah jalan nak lulus itu akan dipermudahkan. Kami beri tips, tapi anda juga perlu usaha. Tiada jalan mudah untuk berjaya tapi ianya bukan mustahil jika ditunjukkan panduan yang betul.

Peperiksaan online PTD ada 3 seksyen iaitu Seksyen A, Seksyen B dan Seksyen C. 

Disclaimer: Contoh soalan yang kami tunjukkan hanyalah contoh soalan sahaja. Ia bertujuan untuk memberikan sedikit gambaran kepada calon bagaimana rupa soalan dibentuk. Ianya bukan soalan ramalan, bukan soalan exam sesi lepas dan bukan soalan bocor. Jika soalan seperti itu yang anda cari maaf ianya tiada di sini.

Soalan Seksyen A Pengetahuan am adalah bersifat analitikal. Ada soalan yang ditanya direct dan ada yang memerlukan bacaan. Calon perlu kukuhkan bacaan surat khabar nasional seperti Utusan dan Berita Harian. 

Contoh Soalan exam PTD Seksyen A Pengetahuan am

1 – Pada April 2009, Dato’ Seri Najib Razak telah memperkenalkan konsep 1Malaysia yang melibatkan 8 nilai utama. Di antara berikut, yang manakah BUKAN tergolong daripada 8 nilai tersebut?

a)Ketabahan

b)Kesetiaan

c)Pemberian

d) Meritokrasi

2 – Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:

a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

3- Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:

a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

4- Mahkamah Tinggi mempunyai ciri-ciri seperti:

I. Mendengar dan menentukan rayuan bagi kes-kes jenayah dan sivil daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.

II. Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa asal yang tidak terhad bagi kes-kes sivil dan jenayah.

III. Membicarakan kesalahan yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda.

IV. Mempunyai bidang kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati.

a) I dan II

b) I, II dan III

c) II, III dan IV

d) I, II, III dan IV

5-  Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mempunyai program teras yang memberi khidmat Kesihatan Reproduktif kepada orang ramai. Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif disampaikan menerusi:

a) Kupon perubatan RM100 satu keluarga

b) Pusat Perubatan rangkaian KPJ

c) Klinik Nur Sejahtera

d) Klinik Nur Ihsan

6-  Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa

b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa

c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

7-  Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:

a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan

b) Mengawal status perbandaran

c) Melantik Datuk Bandar

d) Melantik ahli majlis

8- Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:

I. Kewarganegaraan

II. Bahasa Kebangsaan

III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap

IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

a) I, II dan III

b) I, III dan IV

c) II, III dan IV

d) I, II dan IV

Nak lagi contoh soalan? Cedok dekat telegram ni: https://t.me/ptdgredm41/3

E-Semakan: Keputusan peperiksaan online PTD 2016

E-Semakan: Keputusan peperiksaan online PTD 2016

 

Makluman terkini kepada calon-calon peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik pada 19 Januari yang lepas, SPA telah pun mengumumkan keputusannya. Anda boleh membuat semakan keputusan exam PTD 2016 melalui website e-semakan SPA. 

E-Semakan: Keputusan peperiksaan online PTD 2016

E-Semakan: Keputusan peperiksaan online PTD 2016

MAKLUMAN TERKINI : KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE
===============================================
SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

(Keputusan peperiksaan ini telah diputuskan oleh Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 4/2016 (2743) bertarikh 26 Januari 2016)

Sila layari laman web :
http://e-semakan.spa.gov.my/

Source: www.spa.gov.my