Tangga Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Dan Elaun-Elaun
Selain daripada digelar sebagai antara pegawai kerajaan tertinggi dalam negara, antara lain yang menjadi minat graduan muda untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik adalah tentang tangga gajinya. Tangga gaji Pegawai Tadbir Diplomatik antara dikatakan penyebab utama ramai yang nak memohon jawatan ini. Selain dari gaji pokok, elaunnya banyak. Pendek kata, siapa yang menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik mempunyai masa depan yang cerah dan dapat hidup senang. Insyaallah.
Ok, kepada para calon exam Pegawai Tabdir Diplomatik 1 November ini, mari cuci mata dengan info yang bakal kami berikan. Bila anda lihat saja tangga gaji Pegawai Tadbir Diplomatik ini beserta elaun-elaun yang bakal didapati, pasti anda terbuka mata dan lebih bersemangat untuk lulus. Oh lupa, ada lagi cuti khas yang bakal anda dapat. Itu semua setelah anda bergelar seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.
Daripada portal rasmi SPA, TANGGA GAJI PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK bermula daripada minimum RM 2235.00. Itu sudah banyak bagi seseorang yang baru masuk kerja. Gaji maksimum adalah RM 8731.00. Wow, hampir sepuluh ribu!. Kadar kenaikan tahunan pula adalah RM 225. Anda fikir anda boleh dapat kerja yang seperti ini gajinya? Jadi, berusahalah untuk lulus dalam exam PTD 1 November ini nanti.Â
Itu gaji, ini pula senarai Imbuhan yang anda bakal dapat. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Bantuan sara hidup COLA. Kemudian senarai kemudahan pinjaman yang disediakan kerajaan adalah seperti pinjaman perumahan, pinjaman komputer, pinjaman kenderaan, kemudahan rawatan perubatan, 30 jenis cuti dan biasiswa pelajaran. Cukup sudah kelebihan yang ada pada Pegawai Tadbir Diplomatik. Para calon, adakah anda teruja membaca tangga gaji Pegawai Tadbir Diplomatik ini?
Ini pula kami ringkaskan bagi menyejukkan mata anda, antara faeda- faedah bergelar seorang penjawat awam:-
Elaun Elaun
-
- Imbuhan tetap perumahan
-
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam
-
- Imbuhan Tetap Kerajaan
-
- Imbuhan Tetap Jawatan Utama
-
- Bayaran Insentif Wilayah
-
- Bayaran Insentif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
-
- Bayaran Insentif Pakar
- Elaun Khidmat Luar Negara
Kemudahan kemudahan
- Kemudahan cuti
- Kemudahan Kuarters Kerajaan
- Rawatan perubatan
- Pinjaman kewangan -rumah, kereta, dan komputer
- Subsidi menyertai kelab rekreasi
- Tambang mengunjungi wilayah asal
- Bayaran pakaian istiadat
Faedah persaraan
- Ganjaran
- Pencen bulanan
- Ganjaran gantian cuti rehat
- Rawatan perubatan
Source: www.spa.gov.my
Ok, ada alasan lagi tak mahu berusaha untuk lulus?
Join Telegram Pegawai Tadbir Diplomatik: https://t.me/ptdgredm41
saya seorang calon spm 2015…berminat menjado ptd selaku minat saya dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. kursus manakah yang sesuai di ipta untuk saya..ataupun apakah langkah yang perlu saya ambil selepas ini…
Assalamualaikum safri,
mungkin untuk membantu adik memilih bidang, boleh rujuk pada bidang tugas seorang PTD “Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.” Ijazah yang berkait dengan sumber manusia, Perniagaan dan Ekonomi, Perakaunan, Undang-undang, Pengurusan Korporat, Perancangan Bandar, Hartanah dan sebagainya. Semoga berjaya saya doakan. -Hamba Allah.
Assalamualaikum, saya merupakan calon spm 2016. Saya berminat untuk mengambil jurusan pentadbiran awam. Sama ke gaji freshie macam yang encik nyatakan di atas? saya sedang memilih beberapa jurusan yang sesuai dengan tahap saya dan mencari maklumat2 pendapatan yang bersesuaian dengan ekonomi kini 🙂
Visitor Rating: 4 Stars
Visitor Rating: 4 Stars
Visitor Rating: 1 Stars
ni kalo gaji utk org ade exp 2-3 tahun brape eh?
aku rasa sama ja pakhaji, sbb start freshie, gomen bukan ikut swasta boleh demand gaji..
Visitor Rating: 3 Stars