Panggilan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk calon Semenanjung, Sabah dan Sarawak tahun 2022.
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL PEMBANTU KESIHATAN AWAM |
TARIKH : 20 SEPTEMBER 2022 (SELASA) |
Link Semakan: Semenanjung (https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SK20220047) Sabah (https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SB20220006) Sarawak (https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SW20220009) |
Sumber: Facebook Page SPA
APAKAH UJIAN PSIKOMETRIK
Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.
Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL PEMBANTU KESIHATAN AWAM
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK VERSI TAHUN 2022
Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?
- Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2022 ini
- Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
- 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
- Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
- Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
- Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/
Maklumat Tambahan
JAWATAN: LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL PEMBANTU KESIHATAN AWAM (SESI JANUARI TAHUN 2023)
KEKOSONGAN: 160
Sesi pengambilan untuk Latihan Separa Perubatan adalah 2 kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan:
Diploma: 3 tahun
Sijil: 2 tahun