PANGGILAN: UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 pada Julai 2022 ini
Tarikh Ujian:
Semenanjung – 14 Julai 2022
Sabah & Sarawak – 15 Julai 2022
Masa ujian adalah selama 1 jam 30 minit sahaja. Para calon boleh mula menjawab ujian ini pada tarikh yang telah ditetapkan untuk setiap calon.
Masa untuk menjawab adalah dari pukul 9 pagi hingga ke 5 petang. Calon boleh menjawab ujian psikometrik diantara masa tersebut. Disaran calon menjawab pada masa yang lebih awal.
Calon disaran study rujukan khusus untuk exam psikometrik ini untuk bantu persediaan:
? https://bantuankerjaya.com/tempahrujukanpsikometrik/
Buat persiapan awal. Jangan berlengah ?
Apakah Ujian Psikometrik?
Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.
Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Deskripsi Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/