Panggilan Ujian Psikometrik PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik M9) bagi tahun 2025. Semak panggilan anda sekarang!
PENILAIAN PSIKOLOGI
KADET PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM INTAN BAGI TAHUN 2025/2026 DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
KADET PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK |
TARIKH UJIAN: 27 – 28 FEBRUARI 2025 |
Link Semakan: https://online.spa.gov.my/online2/semakan/index.php?Pemerolehan=SM20250016 |
Sumber: Facebook Page SPA
Jumlah Kekosongan
KEKOSONGAN : 165
SIMPANAN: 40
Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M9
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik PTD 2025
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik PTD 2025
Ujian psikometrik merupakan salah satu komponen penting dalam proses pemilihan calon untuk jawatan dalam sektor kerajaan dan swasta. Ia bertujuan untuk menilai pelbagai aspek personaliti, kemampuan kognitif, dan kesesuaian calon dengan budaya organisasi.
Persiapan yang rapi dan pemahaman yang mendalam tentang ujian ini dapat meningkatkan peluang anda untuk lulus. Berikut adalah panduan lengkap mengenai persediaan calon untuk lulus ujian psikometrik.
Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?
- Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2025 ini
- Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
- 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
- Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
- Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
- Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda
- Edisi terkini dengan 200 hingga 800 contoh soalan
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
-
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM2,580.00); atau
- Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM3,130.00); atau
- Ijazah Kedoktoran yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM3,350.00).
dan
- lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
- hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Taraf Pelantikan
i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Keperluan Bidang
(Ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan)
Terbuka (semua bidang pengajian yang diiktiraf MQA)
Keperluan Tambahan
Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian/Sarjana/Doktor Falsafah (PhD) yang diikitraf dan disahkan oleh senat universiti/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
FLOW PENGAMBILAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK 2023

Pegawai Tadbir Diplomatik adalah jawatan paling berprestij dalam Perkhidmatan Awam. Mereka akan menjadi tunjang pentadbiran kementerian. Ketua Setiausaha Negara (KSN) adalah jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam dan ianya datang dari laluan kerjaya PTD.
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.