Tangga gaji, syarat lantikan dan tugas Pegawai Teknologi Maklumat F41

Pada 15 April 2016, pihak SPA bakal mengadakan peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41. Jadi kami nak berkongsi sedikit info ringkas kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan ini nanti. Gaji sebagai seorang Pegawai Teknologi Maklumat bermula dengan RM2,146.00 dan gaji maksimum adalah RM8,718.00. Kadar kenaikan tahunan pula RM225.00.

gaji pegawai teknologi maklumat

Bagi syarat lantikkannya pula adalah seperti berikut:-

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,146.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

          [ Gaji Permulaan : RM2,353.44 ] atau

  • Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,664.78 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,976.11 ] dan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tangga gaji, syarat lantikan dan tugas Pegawai Teknologi Maklumat F41

peperiksaan pegawai teknologi maklumat f41

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F41 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 

  • mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Untuk bidang tugas pula, seorang pegawai Teknologi Maklumat F41 seharusnya:-

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

 

Source: www.spa.gov.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.